Dua usahawan FAMA menyerlah melalui inisiatif Agro MADANI

SIBUTI – Dua usahawan di bawah bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) semakin mencipta nama dalam industri makanan tempatan dengan produk berkualiti tinggi yang mendapat permintaan tinggi di pasaran. 

Usaha mereka selari dengan inisiatif Agro MADANI yang memperkasa sektor pertanian dan keusahawanan negara.

Mariana, seorang usahawan keropok dari Kampung Madinah Suai, berjaya membangunkan perniagaannya dengan menghasilkan keropok lekor yang enak dan berkualiti. 

Dengan bimbingan serta sokongan daripada FAMA dan inisiatif Agro MADANI yang menekankan inovasi serta pemodenan sektor agro, produk keropoknya kini semakin dikenali di pasaran tempatan dan mendapat sambutan di sekitar Sibuti dan Miri.

Sementara itu, Margaretha pula merupakan usahawan produk kering berasaskan makanan tempatan seperti sambal petai, dabai, kantan, pes makanan, dan banyak lagi yang semakin mendapat tempat di hati pengguna. 

Beliau juga merupakan salah seorang pembekal produk AgroMas, jenama terkenal yang dinaungi oleh FAMA untuk membantu menambah pendapatan sampingan usahawan tempatan serta memasarkan produk mereka ke pasaran yang lebih luas. 

Usaha ini seiring dengan matlamat Agro MADANI untuk meningkatkan daya saing produk tempatan.

Menurut Margaretha, sokongan daripada FAMA dalam aspek pemasaran, bimbingan, dan penyediaan saluran jualan yang lebih luas sangat membantu dalam mengembangkan perniagaannya. 

“Dengan bantuan FAMA dan pendekatan Agro MADANI, saya kini dapat menembusi pasaran yang lebih besar dan memastikan produk saya boleh didapati kawasan pasar raya Miri serta dalam talian,” katanya.

Mariana turut berkongsi pengalaman yang sama, menyatakan peluang menjadi usahawan di bawah bimbingan FAMA membuka peluang meningkatkan kredibiliti produknya dan memperkenalkan produk baharu iaitu Baja MB4 Bioplus.

“Saya amat bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan FAMA dalam Agro MADANI sebagai platform saya untuk memasarkan produk keropok lekor dan Baja MB4 Bioplus,” katanya.

Kejayaan kedua-dua usahawan ini membuktikan bahawa dengan bimbingan dan platform yang betul, produk  tempatan berpotensi untuk berkembang dan bersaing di peringkat lebih tinggi.

FAMA terus komited dalam menyokong usahawan seperti Mariana dan Margaretha agar dapat memperkukuh bidang keusahawanan tempatan serta membantu pertumbuhan ekonomi negara di bawah naungan Agro MADANI.

Related Posts

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas
  • YnomYnom
  • December 5, 2025

KOTA KINABALU – Jenazah Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, di sini, pada Jumaat. Ziarah terakhir Allahyarham diadakan di Idang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy