Dua penjawat awam ditahan SPRM disyaki minta, terima rasuah anggaran RM130,000

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan dua penjawat awam disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM130,000 daripada beberapa kontraktor sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan kecil tandas sekolah-sekolah di sebuah daerah di Sabah.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia sekitar 50-an telah ditahan antara pukul 7 hingga 10 malam semalam ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

“Siasatan awal dipercayai kedua-dua suspek melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2023 dengan meminta rasuah sebanyak 30 peratus daripada nilai projek iaitu kira-kira RM130,000 daripada beberapa kontraktor.

“Kedua-dua suspek disyaki menerima wang rasuah daripada kontraktor-kontraktor tersebut secara tunai dengan beberapa kali bayaran,” katanya.

Menurut sumber lagi, SPRM turut merampas kira-kira RM90,000 wang tunai dan menyita dua buah kenderaan mewah yang dibeli hasil daripada wang rasuah tersebut.

Jelasnya, seorang suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu dan perintah reman selama enam hari bermula hari ini (Jumaat) sehingga 21 November depan terhadap suspek telah dikeluarkan oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Gahzali.

Manakala seorang lagi suspek akan dilepaskan dengan jaminan SPRM setelah selesai memberikan keterangan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat bagi membantu siasatan.

Beliau turut menyeru para kontraktor yang pernah memberi wang rasuah kepada mana-mana penjawat awam berkaitan apa juga projek untuk tampil memberikan maklumat kepada SPRM.

Related Posts

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

Oleh: LINA B SIBU – Pembukaan Institut Latihan Maritim TCCS Marine Sdn Bhd dan pelancaran Pusat Latihan Simulator di sini dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam memperkasakan pembangunan modal insan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

SIBU – Pembukaan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkasakan ekosistem latihan maritim negara selaras keperluan industri perkapalan yang semakin kompleks. Ketua Pengarah Jabatan Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi