Dua maut ditembak depan pusat beli-belah

KUALA LUMPUR – Dua lelaki maut ditembak sekumpulan suspek di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, tengah malam tadi.

Ketika kejadian sekitar jam 12.15 malam, kedua-dua mangsa dilaporkan sedang menuju ke arah kereta yang diletakkan di perkarangan pusat beli-belah berkenaan.

Menurut saksi, sekumpulan lelaki yang memakai topi keledar secara tiba-tiba berlari ke arah kedua-dua mangsa yang pada ketika itu berada di bahagian luar perkarangan pusat beli-belah.

“Suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa sehingga kedua-dua mereka terbaring berlumuran darah,” katanya kepada Berita Harian yang berada di lokasi kejadian.

Kumpulan lelaki terbabit yang dilaporkan bersenjata pistol kemudian melarikan diri menaiki sebuah kereta Perodua Alza.

“Kedua-dua mangsa ditembak pada bahagian badan dan kepala disahkan mati di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian di lokasi mendapati mayat kedua-dua mangsa terbaring dalam jarak lima meter di hadapan kenderaan mereka.

Pada masa sama, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dengan dibantu Unit Forensik Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Berdasarkan maklumat awal, kedua-dua mangsa berusia dalam lingkungan 40-an, berasal dari Sibu, Sarawak.

Polis Kontinjen Kuala Lumpur dilaporkan sedang mengumpul maklumat daripada saksi kejadian serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti identiti suspek.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian ini dalam masa terdekat.

Related Posts

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

GEORGE TOWN – Sebanyak 99 peratus daripada lebih 16,000 responden menyatakan sokongan terhadap cadangan sambungan jajaran Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, sekali gus mencerminkan penerimaan tinggi rakyat terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

BUKIT MERTAJAM – Kutipan zakat fitrah di Pulau Pinang bagi Ramadan tahun ini mencatat peningkatan memberangsangkan apabila hampir mencecah RM10 juta setakat 9 April lalu. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan