21 negara Arab, Islam kutuk serangan ke atas Iran

SEBANYAK 21 negara Arab dan Islam mengeluarkan kenyataan bersama pada Isnin bagi mengecam serangan udara Israel ke atas wilayah Iran serta menggesa penamatan segera terhadap ketegangan serantau, lapor Anadolu.

Kenyataan tersebut, yang dilaporkan oleh Agensi Berita Rasmi Mesir (MENA), turut menuntut perlucutan senjata nuklear tanpa pilih kasih serta pematuhan terhadap undang-undang antarabangsa.

Inisiatif ini dicetuskan oleh Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty, selepas rundingan dengan rakan sejawatnya dari pelbagai negara di rantau ini.

Antara negara yang menyertai inisiatif ini termasuklah Turkiye, Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Pakistan, Bahrain, Brunei, Chad, Gambia, Algeria, Comoros, Djibouti, Arab Saudi, Sudan, Somalia, Iraq, Oman, Qatar, Kuwait, Libya, Mesir dan Mauritania.

Dalam kenyataan bersama itu, para menteri luar negara terbabit mengutuk serangan Israel ke atas wilayah Iran yang disifatkan sebagai pelanggaran terhadap undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mereka turut menegaskan kepentingan untuk menghormati kedaulatan sesebuah negara, integriti wilayah serta prinsip kejiranan yang baik.

Kenyataan itu juga menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan konflik yang disifatkan boleh mengancam keselamatan dan kestabilan serantau.

Justeru, para menteri berkenaan menggesa agar semua bentuk pencerobohan oleh Israel dihentikan segera dan menyeru kepada usaha penyahketegangan yang menyeluruh ke arah gencatan senjata berkekalan.

Ketegangan di rantau tersebut memuncak sejak Jumaat lalu selepas Israel melancarkan serangan udara serentak ke atas beberapa lokasi strategik di Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, yang kemudian mendorong tindak balas daripada pihak Tehran.

Pihak berkuasa Israel memaklumkan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera akibat serangan balas peluru berpandu dari Iran.

Sementara itu, Iran pula melaporkan sekurang-kurangnya 224 orang terkorban dan lebih 1,000 lagi cedera dalam serangan udara Israel yang berlaku sebelum itu.

Related Posts

Al-Aqsa, Gereja Makam Suci dibuka semula bermula Khamis

BAITULMAQDIS – Israel mengumumkan pembukaan semula Masjid Al-Aqsa dan Gereja Makam Suci di timur Baitulmaqdis yang diduduki bermula pagi Khamis, selepas kedua-dua tapak suci itu ditutup sejak 28 Februari lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trump akur gencatan senjata 14 hari

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan ‘penangguhan serangan ketenteraan’ terhadap Iran selama dua minggu. Dalam satu kenyataan dimuat naik Rumah Putih di platform X, beliau berkata, gencatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta