Dua lelaki ditahan, 1500 liter minyak diesel dirampas

KOTA KINABALU – Dua lelaki tempatan berumur 40 tahun dan 29 tahun ditahan dalam operasi Ops Tiris Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah di sekitar Jalan Penampang pada Jumaat malam.

Menurut Pengarah KPDN Sabah, Geogie Abas, sekitar pukul 9.10 malam, pasukan penguat kuasa KPDN Sabah menjalankan pemeriksaan seterusnya menahan mereka yang masing-masing memandu dua buah kenderaan iaitu sebuah pacuan empat roda jenama Isuzu Trooper yang mengandungi tangki tambahan jenis IBC pada bahagian belakang disyaki berisi minyak diesel anggaran 900 liter.

Manakala, katanya, anggaran 600 liter lagi di sebuah lori jenama Toyata Dyna yang mempunyai tangki jenis fiber di bahagian belakang disyaki berisi minyak diesel ketika cuba membuat pembelian di sebuah stesen minyak di sekitar Jalan Penampang.

“Berdasarkan keterangan awal, kedua-dua pemandu tersebut gagal menunjukkan sebarang dokumen atau kebenaran KPDN untuk membeli dan membawa minyak diesel yang disimpan dalam tangki tambahan selain tangki minyak kenderaan.

“Dikenal pasti Modus Operandi bagi aktiviti ini adalah membeli minyak diesel bersubsidi dari stesen-stesen minyak yang beroperasi sebelah malam dan mengumpulkannya sebelum disyaki menjual kepada pihak tidak layak menggunakan minyak diesel bersubsisi dengan harga yang lagi tinggi.

“Sebagai tindakan lanjut, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan iaitu minyak diesel dengan tujuan untuk melakukan kesalahan,” jelasnya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Tambah Georgie, keseluruhan barangan yang disita adalah minyak diesel anggaran 1500 liter; satu unit kenderaan pacuan empat roda jenama Isuzu Trooper; satu unit kenderaan lori jenama Toyata Dyna; satu unit tangki jenis IBC; satu unit tangki jenis fiber dan dua unit mesin pam minyak.

“Nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM43,855,” katanya.

Related Posts

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

GEORGE TOWN – Pasangan tempatan yang sebelum ini dihukum penjara selama sebulan selepas mengaku melakukan perbuatan kelucahan terlampau di jirat Cina, Batu Gantung, Air Itam di sini dibebaskan awal oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi