Dua bot tunda larikan MT Ceres 1 ditahan di perairan Tioman

KOTA TINGGI – Sebuah kapal yang dilaporkan ‘hilang’ selepas terbabit dengan insiden perlanggaran dengan sebuah kapal lain di perairan Tanjung Balau dekat sini pada Jumaat, ditemui semula di perairan Pulau Tioman Pahang pada awal pagi Ahad.

Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Pertama Maritim, Zin Azman Md Yunus berkata, kapal tangki MT Ceres 1 yang ditemui pada kedudukan 28 batu nautika timur laut Pulau Tioman dengan dua bot tunda sedang menundanya.

Zin Azman Md Yunus

“Kapal peronda luar pesisir (OPV) KM Pekan milik Maritim Malaysia berjaya mengesan dan memintas kapal tangki MT Ceres I sekitar jam 1.20 pagi.

“Kedua-dua bot tunda terbabit yang disyaki terlibat dalam membawa lari kapal tangki MT Ceres I sudah ditahan.

“Maritim Malaysia dengan kerjasama pihak Jabatan Laut Malaysia (JLM) akan melaksanakan siasatan lanjut insiden kejadian dengan penemuan semula kapal MT Ceres I,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, hasil tinjauan udara pesawat amfibia Bombardier CL 415 MP milik Maritim Malaysia yang menjalankan tinjauan udara pada Sabtu telah menemui kesan tumpahan minyak di lokasi kejadian.

“Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut dimaklumkan mengenai penemuan ini dan akan melakukan pemantauan lanjut dalam masa terdekat,” ujarnya.

Sebelum itu pada Sabtu, MT Ceres 1 yang berdaftar di Republik Sao Tome and Principe didapati tiada di lokasi kejadian pada pagi Sabtu ketika operasi Carilamat dilakukan.

Sementara sebuah lagi kapal iaitu MT Hafnia Nile yang berdaftar di Singapura dikesan di Timur Pulau Pemanggil, Mersing selepas hanyut 52 batu nautika dari lokasi kejadian.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen