Dron ‘serang’ kediaman Netanyahu

BAITULMAQDIS – Pejabat Perdana Menteri Israel memaklumkan sebuah dron dilancarkan ke arah kediaman Benjamin Netanyahu di Caesarea hari ini.

Terdahulu, terdapat laporan mengatakan sebuah dron dari Lubnan menghentam sebuah struktur di bandar tengah Israel.

“Sebuah UAV (kenderaan udara tanpa pemandu) dilancarkan ke arah kediaman Perdana Menteri di Caesarea.

“Perdana Menteri dan isterinya tidak berada di lokasi terbabit. Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu,” kata pejabat Netanyahu dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada struktur dilaporkan terkena bedilan dron berkenaan adalah kediaman peribadi Netanyahu.

Tentera melaporkan tiga dron dilancarkan dari Lubnan hari ini dengan dua daripadanya berjaya dipintas.

Sementara itu, pihak berkuasa Lubnan melaporkan dua orang terbunuh dalam serangan Israel di Jounieh dekat utara Beirut.

Ia dikatakan serangan pertama di kawasan itu sejak Hizbullah dan Israel mula berbalas serangan tahun lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan, serangan Israel mengenai sebuah kereta di Jounieh, dengan media kerajaan Lubnan melaporkan bahawa serangan itu berlaku di sebuah lebuh raya utama menghubungkan ibu kota dengan bahagian utara negara itu.

Related Posts

Cuaca sejuk melampau ragut 24 nyawa di Gaza
  • SitiSiti
  • January 14, 2026

JUMLAH kematian akibat cuaca sejuk melampau di Genting Gaza meningkat kepada 24 orang, termasuk 21 kanak-kanak, sejak bermulanya serangan ketenteraan Israel pada Oktober 2023, menurut pihak berkuasa tempatan pada Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cuba gagal proses pilihan raya tempatan punca siri serangan bom

BANGKOK – Siri serangan bom dan kebakaran menyasarkan 11 stesen minyak di wilayah bergolak selatan Thailand awal pagi semalam, bertujuan mengganggu proses Pilihan Raya Pentadbiran Tempatan. Perdana Menteri Thailand Anutin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NADMA, Sarawak perkukuh koordinasi hadapi bencana

NADMA, Sarawak perkukuh koordinasi hadapi bencana

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz