Dr Alim Impira pengerusi baharu DBNA Tebedu

TEBEDU – Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Cawangan Tebedu terus memperkukuh peranannya dalam memajukan komuniti di kawasan ini.

Komitmen tersebut dizahirkan menerusi penganjuran Mesyuarat Agung Tritahunan (TGM) yang berlangsung di Dewan Masyarakat Tebedu pada Sabtu.

Mesyuarat penting berkenaan turut menyaksikan pemilihan barisan kepemimpinan baharu bagi sesi 2026 hingga 2028.

Menerusi pemilihan itu, Dr Alim Impira diberi mandat sebagai Pengerusi DBNA Cawangan Tebedu yang baharu, menggantikan pengerusi terdahulu, Pemancha Kane Manung.

Terdahulu, majlis perasmian mesyuarat tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang.

Dalam ucapannya, beliau menekankan peranan penting DBNA Cawangan Tebedu dalam merancakkan pembangunan komuniti Bidayuh di peringkat akar umbi.

Menurut Dr Simon, persatuan itu memikul tanggungjawab besar meliputi tiga bidang utama iaitu kebudayaan, pendidikan dan penyukatan tanah.

“Kesemua inisiatif ini telah dilaksanakan dengan cemerlang sebelum ini demi kepentingan serta kesejahteraan masyarakat setempat,” jelasnya.

Pada majlis yang sama, peruntukan geran berjumlah RM11,000 turut disalurkan bagi menyokong pelaksanaan program dan aktiviti persatuan pada masa hadapan.

Majlis itu turut diserikan dengan acara penyerahan sijil lanjutan pelantikan kepada beberapa Ketua Kampung dan Setiausaha Kampung sebagai tanda pengiktirafan terhadap sumbangan mereka.

Foto : Adun N21 Tebedu

  • Related Posts

    ‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

    KOTA KINABALU – Warga Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan diseru agar terus bekerja keras dan berkhidmat kepada masyarakat dalam usaha memperkukuh pembangunan sektor agromakanan negeri.‎‎Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar berkata,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

    PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    ‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

    ‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

    PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

    PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

    Exco akui kelemahan semakan jersi

    Exco akui kelemahan semakan jersi

    Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

    Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

    Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

    Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

    Pegawai ladang didenda RM48,000, miliki bangkai haiwan dilindungi

    Pegawai ladang didenda RM48,000, miliki bangkai haiwan dilindungi