Doktor didakwa rogol pembantu klinik

SEORANG doktor di sebuah klinik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas dua pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap pembantu klinik, Sabtu lalu.

Dr Mohd Rafi’uddin Hamidon, 35, didakwa merogol wanita berusia 21 tahun itu dalam stor sebuah klinik dekat Pantai Dalam, antara jam 4 pagi hingga 5 pagi, 15 Mac.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 375 (b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa sama pada tempat, masa dan tarikh serupa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abd Latip, tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dengan alasan kesalahan itu adalah serius dan tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, peguam Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili Mohd Rafi’uddin, memohon jaminan dibenarkan dengan alasan anak guamnya menanggung isteri serta tiga anak termasuk seorang bayi yang baru lahir.

“Pihak kami tidak membantah sekiranya syarat tambahan dikenakan terhadap tertuduh,” katanya.

Hakim Mohd Zaki Mohd Salleh membenarkan tertuduh itu diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Selain itu, dia perlu melaporkan diri sebulan dua kali di balai polis berhampiran dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 23 April untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

Related Posts

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Dadah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dalam satu operasi khas yang dijalankan di kawasan Roban,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

MUKAH – Seorang lelaki warga tempatan ditemukan meninggal dunia di kawasan taman permainan kanak-kanak Dataran Pehin Setia Raja pada Ahad. Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, pihaknya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak