Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

PEMERGIAN Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin satu kehilangan besar buat negara.

Perkara itu diluahkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang berkata, Allahyarham banyak menyumbang dalam arena politik negara malahan perwatakan serta gelagatnya pasti dirindui oleh semua.

“Salam takziah kepada keluarga dan rakan-rakan, Allahyarhan sumbang terlalu lama dalam Parlimen Malaysia dengan mewarnai sebahagian daripada dunia politik dan kepimpinan dalam negara.

“Jadi, sudah pasti ianya satu kehilangan besar buat negara. Pasti akan ada yang merindui gelagat, perwatakan dan penampilan beliau yang selama ini mewarnai serta melengkapkan peta kepimpinan yang ada di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Ceria ke Sekolah Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, hari ini.

Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 1.46 pagi tadi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 baru-baru ini Bung Moktar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.

Pada Pilihan Raya Umum ke-10 iaitu pada November 1999, beliau memenangi kerusi Parlimen Kinabatangan dan telah berkhidmat sebagai wakil rakyat kawasan itu selama enam penggal.

Dilahirkan pada 15 September 1959 di Sukau, Kinabatangan, Allahyarham meninggalkan isteri Datin Seri Nor Asidah Alimuddin dan Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, serta tujuh anak.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta