Deepavali: Fahmi sampaikan sumbangan Tabung Kasih@Hawana

DUA pengamal media veteran berbangsa India telah menerima sumbangan menerusi inisiatif Tabung Kasih@Hawana, sempena sambutan Deepavali.

Sumbangan telah disampaikan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kepada bekas wartawan Tamil Malar, R. Saraspathy dan bekas pembaca pruf Tamil Nesan, S. Batemaly, hari ini.

“Kedua-dua mereka telah lama berkhidmat dalam bidang media… dan sekarang mereka tidak lagi boleh bekerja.

“Saya berharap dengan sedikit sumbangan yang disampaikan ini, rakan-rakan media yang kurang bernasib baik yang bakal menyambut Deepavali, akan dapat merasakan sedikit keceriaan dan kegembiraan sempena sambutan yang penting ini,” katanya.

Fahmi berkata demikian ketika ditemui selepas selesai menyantuni kedua-dua penerima itu di kediaman masing-masing di Batu Caves, hari ini.

Foto: Bernama

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Nur-ul Afida Kamaludin dan Presiden Pertubuhan Media Tamil Malaysia, S. Muthameez Manan.

Saraspathy, 56, yang bertugas di Tamil Malar selama 21 tahun, diserang strok pada 2022 dan kini mengalami masalah penglihatan serta gangguan ingatan, selain turut menghidap penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.

Batemaly, 75, pula telah bertugas di Tamil Nesan selama 46 tahun, juga menghadapi masalah kesihatan termasuk kencing manis kronik dan epilepsi tahap awal, yang menyebabkan kelemahan pada tangannya serta pernah menjalani pembedahan polip pundi hempedu.

Sementara itu, Fahmi berkata, Persatuan Media Tamil telah mengenal pasti 16 pengamal media berketurunan India yang memerlukan untuk menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA sempena sambutan Deepavali, termasuk Saraspathy dan Batemaly.

Beliau berkata, baki penerima bantuan tersebut akan menerima sumbangan sebelum perayaan Deepavali pada Khamis ini.

Selain bantuan kewangan, penerima turut menerima sumbangan berupa barangan keperluan dengan sokongan daripada Syarikat Pakaian Hari-Hari dan AEON BiG.

Seramai 164 rakan media telah menerima manfaat daripada Tabung Kasih @Hawana, sejak inisiatif itu diperkenalkan pada April tahun lepas.

Related Posts

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

SEPANG – Kerajaan memberi jaminan keselamatan jemaah haji Malaysia kekal terpelihara walaupun wujud kebimbangan susulan konflik di Asia Barat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

SEPANGGAR – Kerajaan terus komited memperkasa pembangunan luar bandar melalui pelaksanaan Projek Kampung Angkat MADANI (KAM) yang memberi manfaat langsung kepada komuniti setempat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang