DBKU anjur Mayor’s Run 2025, larian amal sempena Hari Bandaraya ke-37

KUCHING – Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menganjurkan acara julung kalinya, DBKU Mayor’s Run 2025 pada 3 Ogos depan di Padang Merdeka sempena sambutan Hari Bandaraya Kuching ke-37.

Larian ini bukan sahaja bertujuan memupuk gaya hidup sihat, malah menyuntik elemen kebajikan apabila hasil kutipan yuran penyertaan disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) bagi membantu kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan.

Program ini turut dijayakan dengan kerjasama Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI), Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK), City Jogger’s Club (CJC) dan R.S Management and Transport Services.

Sebanyak tiga kategori ditawarkan kepada peserta iaitu 3KM Fun Walk, 7KM Fun Run dan 16KM Competitive Run, dengan hadiah wang tunai sehingga RM1,500 bagi pemenang tempat pertama dalam kategori utama.

Selain itu, acara ini menyumbang kepada empat Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu kesihatan dan kesejahteraan (SDG 3), komuniti dan bandar lestari (SDG 11), tindakan terhadap perubahan iklim (SDG 13), serta kerjasama untuk matlamat (SDG 17).

Semua peserta akan menerima T-shirt dan pingat penyertaan, sementara penyertaan bagi kategori 16KM akan diberi ganjaran wang tunai dari tempat pertama hingga ke-20.

Orang ramai di Kuching dan kawasan sekitar digalakkan menyertai program ini sebagai sokongan terhadap komuniti dan pemerkasaan gaya hidup sihat di Kuching.

Tarikh tutup penyertaan ialah 3 Julai 2025 dan maklumat lanjut serta pendaftaran boleh didapati menerusi laman rasmi DBKU.

Related Posts

PRN Johor: Rakyat bukan alat percaturan politik

BATU PAHAT – Semua parti dalam Kerajaan MADANI disaran mengamalkan pendekatan matang dan rasional dengan mengutamakan kepentingan rakyat berbanding percaturan politik, khususnya dalam menentukan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

PORT DICKSON – Spekulasi pembentukan gabungan baharu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan dilihat tidak berasas susulan mendapat penolakan daripada kepimpinan tertinggi UMNO. Sumber memaklumkan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

Krisis global & kepimpinan Malaysia

Krisis global & kepimpinan Malaysia