Datuk lemas ketika cuba selamat cucu

SEORANG warga emas lemas ketika cuba menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama, dekat Bachok, Kelantan, pagi tadi.

Mangsa juga pesara kerajaan dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Roslee Yusoff, 63, meninggal dunia dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Mohd Azrie Sulaiman berkata, mangsa dari Kampung Paya Senang, Kota Bharu ke pantai itu bersama isteri, seorang anak dan dua cucu berusia lapan serta tujuh tahun.

Katanya, warga emas terbabit bersama dua cucu turun ke pantai untuk bermain air di kawasan benteng batu namun secara tiba-tiba kedua-dua cucunya ditarik ombak ke kawasan lebih dalam dan mangsa cuba menyelamatkan mereka.

“Isteri dan anak mangsa yang berada di kedai berhampiran cuba membantu namun anaknya turut ditarik ombak.

“Bagaimanapun, dua cucu dan anak mangsa dapat diselamatkan orang awam dan anggota Agensi Pertahanan Awam yang berada di tempat kejadian,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata, kesemua mangsa dibawa ke daratan manakala Rosli yang tidak sedarkan diri diberi bantuan awal kecemasan.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Daerah Bachok.

“Tiga lagi iaitu anak dan cucu dibawa ke Hospital Bachok untuk rawatan susulan,” katanya.

Tambah beliau, jenazah Rosli dibawa ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, Mohd Azrie menasihatkan orang awam supaya tidak mandi-manda di pantai semasa musim tengkujuh kerana keadaan ombak besar dan angin kencang.

Related Posts

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

Oleh: LINA B SIBU – Pembukaan Institut Latihan Maritim TCCS Marine Sdn Bhd dan pelancaran Pusat Latihan Simulator di sini dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam memperkasakan pembangunan modal insan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

SIBU – Pembukaan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkasakan ekosistem latihan maritim negara selaras keperluan industri perkapalan yang semakin kompleks. Ketua Pengarah Jabatan Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi