Dasar kebersamaan ASEAN perlu diperkasa, pastikan negara anggota mampu hadapi cabaran dunia

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI menghargai sokongan semua pihak dalam memastikan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN terus komited dalam memajukan visi bersama ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prinsip untuk memastikan pertumbuhan saksama, mampan dan daya tahan yang berkekalan mesti terus disematkan di tengah-tengah agenda dan visi ASEAN.

“Atas semangat inilah Malaysia, sebagai Pengerusi tahun ini, memperjuangkan tema ‘Keterangkuman dan Kelestarian’. Ia adalah cadangan strategik dan dipacu nilai.

“Dasar itu bukan hanya bercakap berkenaan kepada aspirasi kita, tetapi juga kepada kewajipan kita. Ia bersandarkan pada keyakinan bahawa masa depan ASEAN mesti bergantung pada tonggak bersama iaitu pertumbuhan yang saksama, mampan dan daya tahan yang berkekalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan pada Sesi Plenari Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46, pada Isnin.

Selesai ucapan itu, Perdana Menteri akan mempengerusikan mesyuarat bersama sembilan lagi pemimpin utama rantau Asia Tenggara itu.

Aturcara padat hari ini dimulakan dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 (Pleno), diikuti sesi perbincangan yang menyaksikan pemimpin mengadakan perbincangan mendalam mengenai cabaran semasa, keutamaan strategik dan usaha memperkukuh perpaduan serantau.

Kemuncak acara hari ini ialah pemeteraian Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama, yang menjadi penanda aras strategik dalam membentuk fasa seterusnya pembangunan Komuniti ASEAN.

Related Posts

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

BERIKUT adalah sudut pandang sosial rakyat terhadap tiga tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX). Dapatan yang terhasil berdasarkan data rasmi, laporan kerajaan, dan statistik yang boleh disahkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengeluarkan sebanyak 446 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar