Dasar Bekerja Dari Rumah dilaksana sempena Sidang Kemuncak ASEAN

PUTRAJAYA – Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi pegawai awam akan dilaksanakan secara fleksibel sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadual berlangsung hujung bulan ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan, dasar berkenaan diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian SR.4.1.2, dan bertujuan mewujudkan keseimbangan antara keperluan agensi serta kesejahteraan pegawai, termasuk keharmonian kerja dan kehidupan.

“Selaras dengan pendekatan ini, ketua jabatan diberi kuasa mempertimbangkan permohonan BDR bagi pegawai yang mungkin terkesan dengan kesesakan aliran trafik sempena Sidang Kemuncak ASEAN,” kata kenyataan itu.

Ujar JPA, langkah tersebut adalah antara inisiatif kerajaan dalam mengutamakan tadbir urus berdaya tahan dan prihatin, selari dengan nilai-nilai teras MADANI seperti kesejahteraan, ihsan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

“Pegawai awam yang layak disaran berhubung dengan ketua jabatan masing-masing bagi pertimbangan sewajarnya.

“Pelaksanaan dasar ini hendaklah berpandukan tatacara dan syarat yang digariskan dalam MyPPSM,” tambah kenyataan itu lagi.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dijadual berlangsung pada 26 dan 27 Mei 2025 di Kuala Lumpur dan persidangan ini akan menghimpunkan pemimpin dari kesemua 10 negara anggota ASEAN bagi membincangkan isu serantau, memupuk kerjasama ekonomi, serta memperjuangkan prinsip keterangkuman dan kemampanan.

Related Posts

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

KUALA LUMPUR – Cadangan pelantikan Pendakwa Raya melalui mekanisme Parlimen tidak dapat mengelakkan pengaruh politik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

PUTRAJAYA – Semua kementerian diarahkan meneliti semula status tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang dikenal pasti sudah lama tidak dibangunkan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan