Dakwaan undian Majlis Raja-Raja palsu, mainan semata

PUTRAJAYA – Pengundian Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi mengambil tindakan terhadap kerajaan atas dakwaan ingkar pelaksanaan Titah Adendum tahanan rumah bekas perdana menteri, Najib Razak adalah berita palsu dan mainan semata-mata.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, dakwaan yang tular dalam media sosial kononnya dalam sidang Majlis Raja-Raja, ada satu undian dibuat, disebut angka 7-2 adalah satu mainan yang mana sejujurnya tidak ada sebarang undian yang dilakukan.

“Kita tahu dan faham mengenai proses sekiranya ada sebarang undian pun, hanya raja pemerintah, raja yang berdaulat sahaja berhak untuk mengundi dalam sidang tersebut dan dari gambar yang dimuat naik dalam Facebook rasmi Sultan Ibrahim mengenai majlis Raja-Raja yang baru berlangsung.

“Kita boleh lihat di situ bahawa Tuanku sendiri tidak hadir bermaksud tidak ada sembilan undian. Maka untuk mana-mana pihak membuat satu berita palsu menyatakan ada undian 7-2 bermaksud ada sembilan Raja yang mengundi.

“Tapi Tuanku gering dan tidak hadir dan tuanku kemudiannya pada Jumaat minggu lalu telah berangkat untuk rawatan kesihatan, rawatan perubatan di luar negara,” katanya pada sidang media pasca Kabinet pada Jumaat.

Jelasnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti individu yang terlibat menularkan berita palsu tersebut.

“Maka pihak MCMC dan PDRM telah mengenal pasti sejumlah individu yang telah terlibat menularkan berita palsu itu yang memang bersifat 3R.

“Dan akan diambil tindakan terhadap mereka serta mana-mana pihak lain yang turut menularkan, menyebarkan berita palsu yang melibatkan Raja-Raja seperti yang saya maksudkan ini,” katanya.

Terdahulu tular tangkap layar dalam aplikasi WhatsApp yang mendakwa Majlis Raja-Raja membuat undian untuk mengambil tindakan terhadap kerajaan PH-BN kerana ingkar melaksanakan Yitah Adendum.

Related Posts

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

PIHAK yang mendesak pelaksanaan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) perlu memahami sejarah kenegeraan sehingga terbentuk Perlembagaan negara. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi dan Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop menegaskan, jika ada sebarang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Thailand-Kemboja perlu henti provokasi bermula malam ini

PUTRAJAYA – Malaysia menggesa Thailand dan Kemboja menghentikan segala bentuk permusuhan serta tidak melakukan sebarang tindakan ketenteraan lanjut, termasuk penggunaan kekerasan atau menggerakkan pasukan bersenjata ke barisan hadapan, bermula 10…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025  medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

  • By Fatin
  • December 13, 2025
Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM