Dakwaan 11 Ahli Parlimen PKR tarik sokongan adalah mengarut

NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang menafikan dakwaan bahawa beliau bersama 10 ahli Parlimen PKR yang lain telah menarik balik sokongan terhadap Presiden PKR merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chang, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas dan mengarut.

“Mengarut! Rafizi dan Nik Nazmi letak jawatan kabinet untuk menjaga adab dan semangat demokrasi. Yang lain tak perlu nak menangguk di air keruh. Noktah,” kata Ahli Parlimen Tanjung Malim itu dalam satu kenyataan di Facebook lewat malam Rabu.

Kontroversi mula tersebar selepas tangkap layar daripada aplikasi WhatsApp dan hantaran di akaun Facebook blogger kontroversi, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo, mendakwa bahawa 11 Ahli Parlimen PKR telah menarik sokongan terhadap Anwar dan akan mengadakan sidang media pada 30 Mei.

Antara yang kononnya akan menarik sokongan ialah Datuk Seri Rafizi Ramli (Pandan), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Chang Lih Kang (Tanjung Malim), Tan Kar Hing (Gopeng), Akmal Nasrullah Mohd Nasir (Johor Bahru), Wong Chen (Subang), Zahir Hassan (Wangsa Maju), Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang), Lee Chean Chung (Petaling Jaya), Onn Abu Bakar (Batu Pahat), dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun (Port Dickson).

Terdahulu, Rafizi dan Nik Nazmi sebelum ini telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri berkuat kuasa masing-masing pada 17 Jun dan 4 Julai, susulan kekalahan mereka dalam pemilihan parti PKR yang lalu.

Rafizi tewas dalam persaingan jawatan Timbalan Presiden kepada Nurul Izzah Anwar, manakala Nik Nazmi gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden.

Related Posts

Pengundi muda harap Naim, MIHA bawa pembangunan sukan, pendidikan di Kinabatangan

KINABATANGAN – Golongan pengundi muda meletakkan harapan tinggi agar calon Barisan Nasional (BN), Mohd Naim Kurniawan Moktar, dapat memperjuangkan pembangunan kemudahan sukan dan pendidikan sekiranya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keperluan wujud kompleks sukan, perkasa belia dan komuniti – MIHA

KINABATANGAN – Keperluan mewujudkan sebuah kompleks sukan mini di kawasan Lamag dikenal pasti sebagai keutamaan bagi memperkasa pembangunan belia dan komuniti setempat. Calon BN DUN Lamag, Mohd Ismail Ayob (MIHA)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar