Daging kuda juadah istimewa rumah terbuka FELDA Jengka 24

KUANTAN – Jamuan Hari Raya Aidilfitri FELDA Jengka 24, dekat Jerantut, mencipta kelainan apabila daging kuda menjadi menu utama dan pembuka selera kira-kira 2,000 pengunjung yang hadir.

Hidangan eksotik itu bukan sekadar mencetus rasa ingin tahu, malah ‘habis awal’ apabila menjadi rebutan tetamu yang ingin merasai keunikan menu berkenaan.

Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud berkata, kuda itu disumbangkan Maahad Tahfiz Sungai Salan, Pulau Tawar, untuk dijadikan hidangan utama majlis berkenaan.

Beliau berkata, sebanyak 50 kilogram daging kuda dimasak dengan pelbagai menu tradisi antaranya kari, rendang dan dipanggang.

“Daging kuda yang dimasak secara tradisional memberikan pengalaman baharu kepada ramai pengunjung, terutama mereka yang pertama kali merasai keenakan hidangan ini,” katanya.

Razak berkata, jamuan itu bukan sekadar sambutan perayaan, malah menjadi platform penting menyatukan empat generasi warga FELDA Jengka 24 dalam suasana penuh harmoni, kasih sayang dan semangat kekeluargaan.

“Dengan tema ‘Menyatu Masyarakat, Bersyukur dan Berterima Kasih’, majlis ini memberikan makna yang cukup besar dalam memupuk rasa syukur dan penghargaan terhadap generasi terdahulu yang menjadi tulang belakang kemakmuran komuniti FELDA,” jelasnya.

Related Posts

MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

KOTA KINABALU – Pasukan Mountain Search and Rescue Team (MOSAR) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menjalankan pemantauan serta rondaan keselamatan di sekitar kawasan Gunung Kinabalu susulan kejadian gempa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

BENTONG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya menggagalkan cubaan menyeludup kira-kira 88.39 kilogram sisa elektronik (e-waste) dari luar negara di Pelabuhan Utara, Port Klang, Selangor, awal bulan ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

  • By Ynom
  • April 21, 2026
MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang