Anggota imigresen ‘pencen awal’ direman bantu siasatan kes rasuah RM10 juta

KUANTAN – Seorang pesara Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) direman tujuh hari bagi membantu siasatan kerana disyaki terlibat kegiatan membawa masuk warga asing tanpa pemeriksaan sah dengan nilai rasuah mencecah lebih RM10 juta.

Suspek berusia 50 tahun – yang bersara awal tahun lalu – ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, semalam.

Suspek yang pernah bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan di sini kira-kira jam 9 pagi untuk perintah reman.

Perintah reman bermula hari ini hingga Selasa depan terhadap suspek dikeluarkan Majistret Nor Izzati Zakaria selepas permohonan dibuat pihak SPRM.

Pengarah SPRM Negeri Pahang, Mohd Shukor Mahmud mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Semalam, tiga anggota JIM berusia dalam lingkungan 40-an yang bertugas di KLIA direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung kes membawa masuk warga asing tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa di pintu masuk negara di KLIA 1 dan KLIA bermula tahun 2021 hingga 2024.

Sindiket itu dipercayai meraih wang rasuah jutaan ringgit yang turut diagihkan kepada anggota imigresen lain.

Related Posts

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

PUTRAJAYA – Kerajaan perlu mempergiat usaha memperkukuh sektor pertanian dan perladangan bagi memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara susulan krisis tenaga global yang semakin meruncing. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan