Cubaan empat PATI lolos masuk ke Malaysia berjaya digagalkan

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar Sektor Pos Gabungan Malaysia Indonesia (GAMBA) Biawak pada 6 Ogos lalu.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Markas 1 Divisyen, sekatan tersebut juga turut dibantu hasil kerjasama dengan Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Difahamkan anggota TDM dan TNI melaksanaan rondaan di sekitar kawasan Biawak berdekatan lorong tikus iaitu jarak lebih kurang 200 meter dari sempadan Indonesia pada 12.15 tengah hari.

“Ketika rondaan dilakukan, anggota tentera mendapati empat PATI cuba melolos ke sempadan negara kita dari arah sempadan Indonesia,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, hasil siasatan juga mendapati kesemua PATI itu dalam perjalanan untuk berkerja di Malaysia.

“Empat PATI dalam lingkungan usia 32 hingga 49 tahun tersebut tidak membawa sebarang apa-apa barang terlarang serta berbahaya,” tambah kenyataan itu lagi.

Anggaran nilai barang tersebut berjumlah RM2,713 termasuk wang tunai, telefon bimbit, beg dompet dan beg pakaian.

Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Khamis mengucapkan tahniah atas kejayaan TDM dalam operasi tersebut.

Sejak Januari 2024 hingga kini, sebanyak 20 kali pengusiran melibatkan 151 PATI direkodkan.

TDM akan terus komited dalam mempertahankan kawalan sempadan Malaysia-Indonesia untuk memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.

Related Posts

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

KUCHING – Usaha memperkukuh budaya membaca dalam kalangan generasi muda terus diperkasa apabila Program Membaca Bersama Datuk Bandar berjaya dilangsungkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gersik pada Khamis. Datuk Bandar Dewan Bandaraya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

BAU – Pesta Tasik Biru 2025 yang berlangsung dari 15 hingga 25 Mei bukan sekadar acara tahunan, malah menjadi simbol pembangunan pesat dan warisan bersejarah daerah Bau yang kini menjangkau usia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment