Cikgu Joohari sentiasa kongsi kata-kata semangat – Bekas pelajar

TERKEJUT, itu reaksi pertama kebanyakan bekas pelajar calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Joohari.

Meski pun begitu bekas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Nibong Tebal (kini dikenali SMKA Sheikh Abdullah Fahim) yakin sifat kepimpinan dan ketrampilan Cikgu Joohari yang membuatkan beliau menjadi calon tepat.

Wartawan The Malaysia Press sempat bertemu salah seorang bekas pelajar Cikgu Joohari iaitu Nor Hannani Aminah Mahmud, 41, (Nani) yang sudi berkongsi cerita dan kenangan bersama sosok yang dipanggilnya Ustaz.

Nor Hannani yang mesra dipanggil Nani, merupakan guru KAFA yang mengenali Cikgu Joohari sejak tahun 1997. Walau pun bukan pelajar di kelas Matematik yang diajar oleh Cikgu Joohari, namun mereka memiliki hubungan baik apabila Nani terlibat dalam pertandingan puisi Sains yang mana Cikgu Joohari menjadi tenaga pengajarnya.

“Cikgu Joohari jarang sangat marah, kalau marah pun tidak akan sama sekali tinggikan suara cuma nada dan ayatnya sahaja akan kedengaran tegas.

“Satu perkara yang membuatkan ramai pelajar sukakan Cikgu Joohari ialah percakapannya yang mesra dan sering memberikan kata-kata motivasi,” kata Nani.

Menurut Nani, para pelajar turut mengenali ahli keluarga Cikgu Joohari kerana mereka tinggal di kuarters dalam sekolah. Sikap ramah isteri beliau yang dikenali sebagai Maksu turut disenangi oleh para pelajar.

“Petang-petang selalunya pelajar akan keluar berjalan-jalan dan Maksu akan pelawa kami ke rumah dan berkongsi makanan yang ada,” tambah Nani.

Seorang lagi bekas pelajar Cikgu Joohari yang sempat The Malaysia Press temui, Mohd Fuad Mohd Arshad, tidak akan melupakan jasa dan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh Cikgu Joohari terhadapnya.

“Saya berasal daripada keluarga yang susah, duduk asrama. Cikgu Joohari sentiasa beri perhatian, banyak beri kata-kata motivasi dan membantu dalam hal-hal pengurusan seperti bantuan biasiswa. Saya anggap hubungan kami sudah bak saudara, seperti ayah dan anak,” imbau Fuad.

Berbeza dengan teman-teman yang lain, Fuad menyatakan tidak terkejut dengan pemilihan Cikgu Joohari sebagai calon kerana baginya inilah calon yang diperlukan oleh penduduk Sungai Bakap.

“Pada saya, Cikgu Joohari berkebolehan dari segala aspek, pendidikan tinggi, akhlak dan adabnya juga baik dan memiliki karakter pemimpin yang baik. Macam mana melihat akhlak dan adab ketika di kempen, seperti itulah dia. Beliau tidak hipokrit atau berlakon, Cikgu Joohari hanya menjadi dirinya sendiri,” tambah Fuad.

Membawa teladan yang ditunjukkan oleh Cikgu Joohari, Fuad yang kini bergelar guru turut mempraktikkan beberapa kaedah yang sama kepada pelajarnya.

“Sebagai guru perlulah menjaga tutur kata dengan pelajar, marah macam mana pun jangan sampai mengeluarkan kata-kata tidak baik. Perlu sentiasa mendoakan pelajar agar dibukakan hati dan berubah lebih baik,” kata Fuad.

Menurut Nani dan Fuad, kesemua bekas pelajar memberikan sokongan jitu dan mendoakan kemenangan berpihak kepada Cikgu Joohari. Semoga kemenangan itu nanti akan memberikan anjakan paradigma kepada penduduk Sungai Bakap.

Mereka mengharapkan Cikgu Joohari akan dapat menyelesaikan pelbagai isu dan sekali gus membawa suara penduduk Sungai Bakap ke peringkat negeri dan nasional.

Related Posts

GRS bukan sekadar pakatan, tapi keluarga politik demi masa depan Sabah – Rina

TAWAU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu dilihat sebagai satu entiti politik yang bersatu, matang dan berpandangan jauh, bukan sekadar pakatan pilihan raya, tetapi sebuah keluarga besar yang bergerak seiring demi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sambung kontrak Azam Baki, Izzah sedia bawa kepada PMX

KUALA LUMPUR –  Nurul Izzah Anwar komited dengan pendirian untuk tidak bersetuju dengan penyambungan kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. Beliau yang bertanding sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah