Chong Wei anggap aksi Aaron-Wooi Yik paling mendebarkan

“ANTARA ‘match’ (perlawanan) yang paling mendebarkan pernah saya saksikan”.

Demikian kata bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei apabila beregu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya menewaskan lawan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, malam tadi.

“Gilalah perlawanan ini. Perlawanan yang patut kalah tapi gandingan lelaki sejati Melaka-Kuala Lumpur mengembalikan harapan untuk lencana di dada.

“Terima kasih Aaron-Wooi yik. Andalah hero Negara sekali lagi.

“Malaysia sekarang secara rasmi, di tangga pingat Olimpik Malaysia,” katanya melalui hantaran di Instagram.

Chong Wei yang pernah memenangi tiga pingat perak Olimpik berharap agar beregu negara itu dapat merekodkan pencapaian lebih baik pada masa akan datang.

“Salah satu kebangkitan semula terbaik yang pernah dilihat rakyat Malaysia.

“Namun, saya tidak mahu anda menjadi seperti saya. Tiga pingat semua sama warna.

“Untuk medal seterusnya, saya doakan anda dapat warna lain,” ujarnya.

Beregu negara itu mempamerkan kebangkitan epik meskipun ketinggalan 16-20 pada set kedua sebelum meraih enam mata berturut-turut sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Aaron-Wooi Yik menang 16-21, 22-20, 21-19 dalam tempoh 74 minit pada perlawanan penentuan pingat gangsa.

Related Posts

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

BAYERN Munich mara ke final Piala Jerman buat kali pertama dalam tempoh enam tahun selepas menewaskan Bayer Leverkusen 2-0. Jaringan Harry Kane dan Luis Diaz memastikan kemenangan buat skuad kendalian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

MANCHESTER City memintas Arsenal di puncak Liga Perdana Inggeris selepas mencatat kemenangan 1-0 di Turf Moor yang menyaksikan Burnley tersingkir, awal pagi tadi. Kekalahan itu mengesahkan Clarets turun buat kali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar