China gesa AS henti ‘kelirukan orang ramai’ isu tarif

BEIJING – Kementerian Luar China menggesa Washington berhenti ‘mengelirukan orang ramai’ mengenai rundingan tarif dua hala.

Jurucakap kementerian itu, Guo Jiakun pada sidang media berkata, pihaknya juga tidak pasti mengenai laporan sama ada Beijing merancang mengecualikan tarif ke atas beberapa import Amerika Syarikat (AS).

“AS dan China tidak terbabit dalam rundingan atau perbincangan mengenai isu tarif,” katanya.

Presiden AS, Donald Trump semalam menegaskan bahawa rundingan perdagangan antara kedua-dua negara sedang dijalankan, namun Kementerian Luar dan Kementerian Perdagangan China menafikan ia berlaku.

Guo turut berkata, biau tidak mengetahui secara terperinci sama ada China merancang pengecualian tarif ke atas beberapa import AS.

Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan Beijing dan Washington menambahkan lagi kekeliruan bila dan sama ada dua ekonomi terbesar dunia itu akan memulakan perbincangan mengenai levi tinggi ke atas barangan masing-masing.

Beberapa pusingan kenaikan tarif dan tindakan balas membawa kepada kenaikan tarif AS ke atas barangan China kepada 145 peratus manakala China mengenakan tarif 125 peratus ke atas import AS.

Menurut laporan Reuters, pentadbiran Trump berkata, pihaknya akan mempertimbangkan penurunan tarif ke atas beberapa barangan import China sementara menunggu perbincangan dengan Beijing, manakala China berkata, AS harus membatalkan semua tarif ‘sepihak’ jika ia mahu menyelesaikan isu perdagangan.

Hari ini, penggubal dasar tertinggi China mengadakan mesyuarat di mana mereka menekankan keperluan untuk menyokong perniagaan dan pekerja di tengah-tengah peningkatan ‘kejutan luaran’.

Perang tarif bermula dengan pengumuman Trump mengenai levi import yang tinggi pada 2 April lalu menimbulkan ancaman untuk perdagangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu terhenti dan mencetuskan kebimbangan mengenai kelembapan dalam pertumbuhan global.

Related Posts

Sepanyol kecam langkah Israel ubah undang-undang di Tebing Barat
  • SitiSiti
  • February 10, 2026

KERAJAAN Sepanyol mengecam keras langkah terbaharu Israel berkaitan wilayah Tebing Barat yang diduduki, sambil memberi amaran tindakan itu melanggar undang-undang antarabangsa serta mengancam kebolehlaksanaan penubuhan sebuah negara Palestin pada masa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tidak gentar ugutan Amerika Syarikat

PARIS – Iran menolak sekeras-kerasnya ugutan Amerika Syarikat (AS) dan menegaskan tidak akan sekali-kali melepaskan haknya untuk memperkaya uranium dalam rundingan dengan Washington, sambil menolak sebarang cubaan intimidasi termasuk ancaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang