China berhasrat guna logo halal Jakim – Zahid

CHINA berminat menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sekali gus bercadang untuk menempatkan semula kilang di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bagi tujuan mendapatkan sijil halal produk negara itu yang membolehkan dieksport ke serata dunia.

Menurutnya, ketika lawatan beliau ke China baru-baru ini, ada pihak menyatakan minat untuk menggunakan logo halal Jakim.

“Mereka ingin menggunakan simbol halal Jakim sebagai logo pengesahan di pasaran antarabangsa kerana logo ini diterima secara meluas dan dipercayai masyarakat dunia.

“Justeru, Halal Development Corporation Bhd (HDC) akan bekerjasama dengan Jakim dan Matrade (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia) untuk memberi kemudahan kepada syarikat melabur di sini dan mengambil pekerja tempatan menjadi ahli profesional serta teknikal dalam pengeluaran produk,” katanya di Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, situasi ini memberi banyak keuntungan kepada Malaysia, malah meningkatkan nilai eksport, peluang pekerjaan dan pemindahan teknologi.

Related Posts

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

PUTRAJAYA – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mengecam tindakan pihak yang cuba membentuk persepsi seolah-olah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak secara salah dalam siasatan melibatkan saksi kes rasuah, Albert Tei…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

KUANTAN – Penjawat awam Pahang akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji melibatkan peruntukan keseluruhan RM48 juta yang akan dikreditkan dua kali pada tahun hadapan. Berita baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah