‘Chemistry’ antara Kerajaan Negeri, Persekutuan penting pastikan agenda pembangunan Sabah lancar

PUTATAN – Keutamaan utama selepas pilihan raya nanti ialah memastikan wujud satu pasukan pentadbiran negeri yang mempunyai keserasian dengan Kerajaan Persekutuan bagi memacu pembangunan di Sabah, kata Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Datuk Ismail Yusop.

Beliau berkata, hubungan erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan perlu dikekalkan bagi memastikan segala tanggungjawab terhadap rakyat Sabah dapat dilaksanakan secara berkesan.

“Siapa juga yang diangkat untuk menjadi wakil dalam Kerajaan Negeri ini, kita harap akan menjadi satu pasukan yang boleh bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

“Itu sahaja. Itu paling penting,” katanya ketika berucap pada ketika semasa berucap sempena Program Rapat-Rapat Bah bersama-sama Komuniti Petagas di Surau Raudhatul Jannah, PPR Taman Sri Keramat Ketiau pada Ahad.

Beliau turut berkata, kebijaksanaan dalam membuat keputusan politik perlu berpaksikan kepada kestabilan dan tanggungjawab bersama terhadap rakyat, bukan semata-mata pertimbangan kepartian.

“Buat keputusan bijaksana. Kita perlukan sebuah Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang ada chemistry, supaya tanggungjawab kepada rakyat dapat ditunaikan,” katanya.

Pada masa sama, beliau menyeru rakyat agar terus memainkan peranan dalam memelihara keharmonian dan membina negara bangsa yang kukuh, berasaskan tanggungjawab bersama, bukan semata-mata disandarkan kepada pemimpin atau kerajaan yang memerintah.

Beliau berkata, proses membina sesebuah negara bangsa adalah perjalanan panjang yang memerlukan kefahaman, kesabaran dan penglibatan setiap lapisan masyarakat, bukan sekadar bergantung kepada perubahan politik semasa.

“Pemimpin politik boleh datang dan pergi. Kerajaan boleh berubah tapi rakyat kena kekal.

“Tanggungjawab kita jaga negara ini,” katanya.

Menurutnya, rakyat perlu memahami bahawa membina negara bangsa bukan sesuatu yang berlaku sekelip mata, sebaliknya menuntut proses pembelajaran dan peradaban yang berterusan, sebagaimana digambarkan oleh pemikir Islam terkenal, Ibn Khaldun.

“Menurut Ibn Khaldun, proses membina sebuah negara yang ada tamadun mengambil masa 300 tahun.

“Kita baru 68 tahun merdeka, maknanya kita masih muda, masih rapuh. Kalau tak dijaga, macam-macam boleh jadi,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa tanggungjawab menjaga keharmonian dan perpaduan bukan milik mana-mana jabatan atau individu, tetapi amanah bersama rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan etnik, agama dan latar belakang.

“Kita buat program bukan kerana nama jabatan, tapi kerana tanggungjawab kita semua.

“Bila kita jaga tanggungjawab ini, barulah negara kita terus hidup dalam harmoni,” ujarnya.

Katanya, semangat untuk terus berbakti kepada negara perlu berpaksikan kasih sayang terhadap tanah air dan nilai amal salih, bukan kerana kepentingan politik atau kedudukan.

“Saya masih bergerak bukan kerana jawatan, tapi kerana cinta kasih dan sayang kepada negara.

“Kalau kita tak jaga negara ini, siapa yang kita nak harap?” soalnya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) JKOM, Suwadi Guliling dan Pengarah JKOM Zon Sabah & WP Labuan, Milus Alu@Abd Wahad.

Related Posts

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

KUCHING – Sarawak bersedia melakukan anjakan paradigma dalam landskap digital global dengan beralih kepada infrastruktur ‘AI Grid’ (grid kecerdasan buatan) berbanding penggunaan pusat data fizikal menjelang lima tahun akan datang. Premier Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyebaran serta suntingan gambar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikaitkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI