Cedera seluruh badan, kanak-kanak mangsa dera bapa, ibu tiri

BAGAN SERAI – Cedera seluruh badan, seorang kanak-kanak lelaki dipercayai menjadi mangsa penderaan bapa dan ibu tirinya berjaya diselamatkan polis dalam serbuan di Ladang Kalumpong, di sini, pada 10 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superitendan Juna Yusoff berkata, mangsa berusia enam tahun itu mengalami kecederaan di muka, dada, perut, kedua-dua belah tangan, kaki dan peha dipercayai dipukul oleh bapa dan ibu tirinya.

“Pihak polis telah menerima satu laporan penderaan ke atas kanak-kanak lelaki berkenaan pada jam 4.09 petang 10 Oktober lalu sebelum bergegas ke lokasi kejadian,”katanya.

Jelasnya, bertindak atas laporan polis yang dibuat, lebih kurang jam 5.30 petang, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, telah menahan bapa mangsa berusia 47 tahun bersama ibu tirinya berusia 33 tahun.

Juna menambah, pihak polis turut merampas tiga botol cecair disyaki ketum yang ditemui dalam serbuan tersebut Bersama beberapa alatan dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa.

“Kedua-dua mereka ditahan di sebuah rumah di Ladang Kalumpong, Bagan Serai untuk siasatan lanjut. Pihak polis juga turut menemui tiga botol air ketum termasuik beberapa alatan dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menambah lanjut, ujarnya, mangsa telah dibawa ke Hospital Taiping dan hasil pemeriksaan doctor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan luka bahagian muka, dada, perut, kedua-dua tangan, kaki dan peha akibat dipukul.

“Mangsa kini ditahan di Hospital Taiping untuk rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.

“Manakala kedua-dua pasangan suami isteri berkenaan ditahan reman bermula 10 sehingga 14 Oktober bagi membantu siasatan,”katanya.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 30(#) Akta Racun 1952.

Related Posts

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

LIMBANG – Pengguna jalan raya yang melalui Jalan RPR Batu Biah (RAP 62N) dimaklumkan akan berlaku lencongan jalan sementara bermula 2 hingga 4 Mei ini. Menurut notis yang dikeluarkan, penutupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China