ADUN Semambu taja insurans rumah keluarga B40

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang mengambil inisiatif dengan menaja insurans rumah milik 10 keluarga berpendapatan rendah (B40) di Indera Mahkota 1, dekat sini.

Tajaan insurans itu bagi melindungi kediaman milik keluarga terbabit daripada risiko seperti bencana alam dan kebakaran.

Chun Kuang berkata, melalui perlindungan itu, pemilik bakal menerima pampasan sehingga RM60,000 jika berlaku kejadian tidak diingini.

“Ia secara tidak langsung dapat menyediakan mereka dengan bantuan kewangan segera sekiranya terjadi insiden seperti rumah terbakar atau kerosakan akibat bencana alam.

“Lagipun sejak akhir-akhir ini banyak berlaku perkara di luar jangkaan kita kesan perubahan iklim, jadi ini adalah persediaan awal untuk mereka,” katanya yang juga Ketua AMK Pahang.

Beliau turut menggesa lebih ramai penduduk yang berkemampuan untuk mengambil polisi insurans bagi kediaman mereka.

Katanya, kadar kesedaran dalam kalangan masyarakat masih rendah berkaitan kepentingan memiliki insurans kediaman.

“Kalau boleh, kita mahu tingkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk mengenai keperluan membeli insurans untuk rumah yang didiami.

“Ramai yang lihat perkara ini tidak penting, tapi sebenarnya ia menjadi sangat membantu apabila kita ditimpa musibah,” jelasnya.

Related Posts

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

KOTA KINABALU – Semua anggota kapal selam diseru untuk terus meningkatkan ilmu, kemahiran serta integriti bagi memastikan keupayaan operasi aset strategik negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.‎‎Panglima Tentera Laut, Laksamana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei