Campur elaun Parlimen saya dan Azizah cukuplah, tak miskin -Anwar

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui hanya mengambil elaun sebagai Ahli Parlimen Tambun bagi menjawab sindiran yang dilempar pengkritiknya kononnya Nabi Muhammad SAW juga mengambil gaji.

Perdana Menteri menjelaskan, beliau dan keluarga tidaklah miskin gara-gara tindakannya tidak mengambil gaji.

“Gaji penjawat awam naik, gaji menteri tak naik dan masih ada potongan 20 peratus. Jadi bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.

“Kita tak ambil (gaji) tapi gaji elaun Parlimen kita ambil, (Datuk Seri) Wan Azizah pun ada elaun Parlimen (Bandar Tun Razak), jadi campur-campur okeylah.

“Saya bukan miskin, batik pun cantik baru ni tapi dia jadi bahan remeh. Mungkin saya tak pandai tapi saya tak pernah dengar Nabi Muhammad tak ambil gaji.

“Tapi demikianlah politik picisan yang ada, dia tak hargai langkah, dia boleh kritik, tak apalah saya tak ada masalah jangan asyik kritik Perdana Menteri saja,” tempelak Anwar.

Beliau berkata demikian ketika Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024, pada Sabtu.

Anwar juga membidas pihak lawan yang tidak pernah mengemukakan cadangan kepada kerajaan sebaliknya hanya memaki hamun.

“Cuba bagi cadangan, ini tidak ada cadangan, yang ada hanya maki hamun.

“Jadi ini juga menghasut sebahagian daripada rakyat.

“Jika mahu Kerajaan Madani ini berjaya, pencerahan mesti ada rakyat boleh dengar semua pandangan,” ujar Perdana Menteri.

Related Posts

Bung Moktar kritikal

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. Sumber memaklumkan Adun Lamag yang kini di unit rawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
20 penjawat awam tamat kursus AI di China

PUTRAJAYA – Seramai 20 pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan berjaya menamatkan kursus intensif teknologi kecerdasan buatan (AI) selama enam bulan di China, semalam. Kumpulan itu turut disertai seorang pegawai Suruhanjaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AFFIN raih Anugerah J.P. Morgan Elite Quality tiga tahun berturut-turut

AFFIN raih Anugerah J.P. Morgan Elite Quality tiga tahun berturut-turut

Saya kehilangan bapa, UMNO dan BN Sabah hilang pendekar – Anil Sandhu

  • By Fatin
  • December 5, 2025
Saya kehilangan bapa, UMNO dan BN Sabah hilang pendekar – Anil Sandhu

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam