Calon Nenggiri tunjuk Pas kuasai parti Bersatu

GUA MUSANG – Tindakan Perikatan Nasional (PN) memilih calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Nenggiri (DUN) Nenggiri dilihat sebagai satu taktik mengelak ‘pisang berbuah dua kali’ selepas dikhianati rakan gabungan mereka sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama, Hafidzah Mustakim berkata, tindakan itu juga menunjukan Pas sememangnya mahu berkuasa sekaligus tidak mahu melepaskan kerusi itu kepada rakan gabungan mereka (Bersatu).

“Senario sebegitu menampakan Pas sebenarnya mahu memastikan mereka mempunyai penguasaan terhadap kerusi Nenggiri dan secara taktikalnya menjadikan Mohd Rizwadi Ismail yang juga merupakan bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang sebagai calon Bersatu.

“Tindakan ini juga seolah Bersatu sudah ketandusan apabila calon Bersatu itu juga dikatakan baru sahaja menyertai parti itu dua hari sebelum diumumkan sebagai calon.

“Apa pun matlamat menghalalkan cara bagi mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau yang juga merupakan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri Kelantan, berharap agar semua penggundi membuat pilihan yang tepat dalam PRK pada 17 Ogos nanti.

Pada Selasa lalu media melaporkan calon Bersatu pada PRK DUN Nenggiri, Mohd Rizwadi Ismail, dikatakan baru menyertai parti itu dua hari sebelum diumumkan sebagai calon.

Pemilihan Mohd Rizwadi yang juga bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang dikatakan dibuat pada saat akhir berbanding dua nama yang disebut-sebut sebelum ini membabitkan Sheikh Razali Hamad dan Sun Najaman Muhamad.

Keputusan itu juga dibuat selepas perbincangan di antara pimpinan PN menemui jalan buntu selain bimbang berlaku boikot dalam kalangan jentera apabila mengekalkan calon daripada Bersatu.

Related Posts

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Oleh: Tengku Majid MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) terus memperkukuh peranan pegawai perhubungan awam (PRO) agensi kerajaan menerusi penganjuran UKAS Making Connection 2026: Bengkel Penulisan Berita, Artikel dan Siaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan
  • FandiFandi
  • February 10, 2026

SANDAKAN – Kerajaan negeri menyasarkan tempoh dua tahun bagi membolehkan kapasiti bekalan air di Sandakan memenuhi sepenuhnya permintaan semasa. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, sasaran itu berdasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang