Calon Bersatu hanya ‘copy paste’ Pas

GUA MUSANG – Calon Bersatu yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (Nenggiri) hanyalah ‘copy and paste’ kepada calon Pas, kata Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub.

Tegasnya, pucuk pimpinan Pas telah menipu ahli dan para penyokongnya apabila mengizinkan Timbalan Ketua Pemudanya keluar daripada parti untuk menyertai Bersatu dan kemudian diangkat sebagai calon.

Ada beberapa fakta yang menarik berhubung pencalonan calon Bersatu-Perikatan Nasional (PN) yang akan bertanding dalam PRK DUN Nenggiri yang perlu diteliti oleh ahli dan penyokong Pas serta Bersatu.

“Pucuk pimpinan Pas dengan jelas menipu ahli dan penyokongnya di Nenggiri apabila mengizinkan Timbalan Ketua Pemuda keluar dari Pas dan menyertai Bersatu dua hari sebelum pengumuman calon. Dalam hal ini Pas telah membelakangi bai’ah ahli tanpa sebarang tindakan.

“Bersatu telah diperlekehkan oleh Pas apabila ada beberapa nama tokoh Bersatu yang disebut sebelum ini sebagai senarai pendek calon telah tidak terpilih kerana gagal menepati piawaian Pas,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau mengkonklusikan bahawa Pas tidak ada rasa setiakawan terhadap Bersatu dalam PN dan berharap agar semua pengundi memberikan sokongan kepada UMNO-BN demi masa hadapan mereka.

“Pas hilang keyakinan kepada Bersatu untuk dicalonkan kerana tidak percaya calon itu boleh menyaingi calon UMNO-BN. Bersatu dihina apabila pengumuman calon dibuat oleh Menteri Besar Kelantan dan bukan oleh pemimpin Bersatu. Sedangkan pemimpin kanan Bersatu hadir dalam majlis pengumuman itu.

“Jelaslah Pas sebenarnya mempersendakan Bersatu kerana mereka tidak ada rasa setiakawan terhadap Bersatu dalam PN. Calon Bersatu yang bertanding hanya calon ‘copy and paste’ Pas. Calon anak tumpang Pas ke dalam Bersatu.

“Oleh yang demikian, Veteran UMNO meminta dan merayu semua penyokong Bersatu di Nenggiri supaya kembali menyokong serta mengundi UMNO-BN dalam PRK pada 17 Ogos nanti,” katanya lagi.

Related Posts

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

TAWAU – Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) terus memperkukuh kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) demi memastikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presiden Harapan Rakyat, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

KUANTAN – Semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, dekat Jerantut, memberi keyakinan kepada pimpinan UMNO Bahagian itu menjelang pilihan raya umum (PRU) akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta