Calon Ketua Cabang, Ketua AMK Silam lapor polis, nama ‘gugur’ hampir sejam

LAHAD DATU – Calon PKR Ketua Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Silam, Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin membuat laporan polis selepas namanya dikesan hilang dan dilabel sebagai ‘calon tarik diri’ dalam sistem undian selama 45 minit semasa proses pengundian berjalan.

Syafiq, 24, berkata, Seawal pukul 8.00 pagi hingga 9.30 pagi, namanya sebagai calon nombor dua masih tertera dalam sistem pengundian atas talian, dan beliau telah mengundi seperti biasa.

“9.41 pagi tadi saya menerima satu panggilan mengejutkan, nama saya tiba-tiba dilabel sebagai “CALON TARIK DIRI” di dalam sistem undian, walhal saya tidak pernah membuat sebarang penarikan diri mahupun memberi apa-apa notis rasmi.

“Sebaik menerima maklumat, saya bergegas hadir ke Pusat Pengundian Fizikal di De Leon Hotel, nama saya juga tidak tersenarai dan hanya dua nama calon sahaja yang tertera,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad. 

Susulan insiden itu, Syafiq membuat laporan polis dan menghubungi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sebelum namanya kemudian dimasukkan semula ke dalam sistem pengundian. 

“Persoalannya, siapa yang menarik nama saya? atas arahan siapa? dan atas tujuan apa? atau kesilapan teknikal? bagaimana tempoh 45 minit yang boleh menyebabkan saya kehilangan undi?. 

“Saya berdiri teguh untuk KEADILAN yang sebenar kerana ini bukan soal saya sahaja, tapi soal integriti proses demokrasi dalam parti (PKR) yang kita cintai bersama.

“Saya menuntut penjelasan rasmi dan pembetulan segera daripada pihak yang bertanggungjawab,” ujarnya. 

Untuk rekod, Syafiq merupakan bekas Naib AMK Cabang Silam 2023-2025.

Related Posts

Pemuda UMNO Pahang kecewa tindakan DAPSY desak iktiraf UEC

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang mengecam tindakan DAPSY mendesak kerajaan mengiktiraf UEC menerusi cara keras seperti ‘kumpulan samseng’ serta tidak menghormati dasar negara. Ketuanya, Kamil Ibrahim berkata, DAPSY seperti ‘gelabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas makin hilang keyakinan, ketepikan keputusan Muhyiddin – Pemerhati politik

PERGOLAKAN dalaman Perikatan Nasional (PN) terus ketara apabila parti komponennya, Pas dilihat tidak lagi meyakini kepimpinan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menurut pemerhati politik, Raggie Jessy Rithauddin. Dalam siaran langsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025  medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

  • By Fatin
  • December 13, 2025
Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM