Calon BN Mahkota cuma bela orang buta, tiada pertuduhan mahkamah – Zahid

KLUANG – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tampil memperjelas dakwaan kes jenayah yang dikait dengan calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah.

Menurut Zahid, kes yang didakwa itu tidak melibatkan pertuduhan mahkamah dan kejadian itu berlaku pada 2008.

“Saya telah semak, dia (Syed Hussien) tidak ada rekod (jenayah). Dia tidak didakwa di mahkamah dan mengikut laporan yang saya baca (insiden) itu ketika beliau berumur dalam 20-an pada 2008.

“Dia (Syed Hussien) cuba membela seorang yang buta yang diganggu dan (diancam untuk) dipukul oleh satu kumpulan dan Syed Hussien membela orang buta itu.

“Saya telah semak bahawa tidak ada kes polis dan tidak ada kes mahkamah. Jauh lagi daripada beliau diheret ke mahkamah dalam perkara ini,” jelas Zahid kepada pemberita selepas Program Tautan Kasih bersama masyarakat Orang Asli Jakoa di Kampung Orang Asli Tanah Runtuh pada Khamis.

Semalam, Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin dalam satu ceramah di kempen Perikatan Nasional (PN) PRK Mahkota meminta penjelasan Syed Hussien berhubung dakwaan pernah ditangkap polis berhubung satu kes pukul.

Pempengaruh PN yang dikenali Chegubard itu juga menunjukkan dokumen yang didakwanya laporan polis yang menyatakan Syed Hussien terlibat dengan kes jenayah itu.

Sehubungan itu, Zahid berkata, pembangkang telah ketandusan isu maka mereka mencari isu peribadi untuk menghilangkan keyakinan pengundi-pengundi di Mahkota kepada Syed Hussien.

Menurut Presiden UMNO itu lagi, pembangkang membuat serangan akhir itu kerana tiada isu nak dibawa.

“Mungkin kerana tidak ada sambutan untuk calon mereka.

“Mereka cuba untuk menganggu calon kita, ungkit kes pada tahun 2008,” bidas Zahid.

Related Posts

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

KUALA LUMPUR – Bank Dunia mendedahkan tindakan kerajaan mengurangkan kuota penggunaan petrol bersubsidi di bawah BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan adalah tepat dalam usaha mengurangkan beban fiskal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan kes ‘mafia korporat’ setakat ini tidak melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis