‘Cabaran Julai buktikan ketokohan PMX’

SEBULAN yang dirasakan mencabar, itu mungkin situasi politik boleh digambarkan berlaku dalam negara. Bermula dengan isu pemilihan PKR berkait bekas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Rafizi Ramli, sifat kepimpinan Perdana Menteri kemudian diuji melalui kemelut institusi badan kehakiman.

Tidak terhenti di situ, segelintir pihak mulai mempersoalkan lanjutan perjawatan yang tidak diberikan kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat meskipun ia bukanlah suatu kewajipan.

Menurut Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong, pada bulan sama juga, khabar angin kononnya berlaku peningkatan kos sara hidup mulai kedengaran apabila sebahagian rakyat mendakwa isu seperti perluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST), tarif baharu elektrik dan tarif Amerika bakal mengubah landskap ekonomi negara.

“Ada juga kebimbangan tentang rasionalisasi harga pam petrol. Berikutan banyak sebaran maklumat palsu serta fitnah kononnya kerajaan mahu rakyat mengikat perut, ramai orang gelisah tentang apa yang mereka rasa sebagai ketidaktentuan ekonomi.

“Dan yang paling tidak dilupakan, Datuk Seri Anwar sekali lagi berdepan dengan ancaman politik apabila pembangkang menganjurkan perarakan “Turun Anwar” bagi menuntut Perdana Menteri itu meletak jawatan.

“Bagaimanapun, rakyat boleh menilai tahap profesionalisme seorang pemimpin negara kita apabila beliau tenang membenarkan penganjuran itu diadakan sambil menitip pesanan agar mereka yang turun mematuhi undang-undang,” katanya kepada TMP.

Chin Tong berkata, meskipun sehingga ke hari ini pengumuman penghargaan diberikan Anwar diperlekeh golongan pembangkang, namun, ia tidak menghalang Perdana Menteri itu untuk terus merangka perkara terbaik demi negara dan rakyat tanpa mengira latar belakang politik.

“Apa maksud di sebalik kemurahan hati kerajaan ini? Bagi saya, ia bukan sahaja menamatkan spekulasi tentang kenaikan harga minyak, namun pemberian bantuan berbelanja membayangkan kerajaan tidak akan memaksa rakyat mengikat perut.

“Ini melegakan rakyat agar lebih selesa dan tenang dengan usaha-usaha gigih kerajaan meningkatkan ekonomi. Sekarang, mana-mana rakyat yang telah melihat bil elektrik mereka akan bersetuju bahawa memang tidak akan kenaikan kos tenaga, malah ada pula penjimatan kewangan dalam penggunaan elektrik,” katanya.

Chin Tong yang juga Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, tidak hanya menyelesaikan isu kebajikan rakyat, namun kepimpinan Anwar turut terbukti melalui penyelesaian kemelut antara Thailand dan Kemboja.

Malah, Malaysia katanya turut berjaya mencapai rundingan yang baik apabila Amerika bersetuju menurunkan kadar tarif perdagangan daripada 25 peratus kepada 19 peratus kepada negara ini.

“Pada 31 Julai, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump juga menyampaikan hasratnya untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada Oktober ini.

“Ia sekaligus merupakan kejayaan diplomasi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, terutamanya apabila Trump berkemungkinan tidak akan hadir ke Sidang Kemuncak G20 di Afrika Selatan pada November depan,” katanya.

Chin Tong berkata, ketokohan Perdana Menteri di arena antarabangsa akan memperlihatkan pengaruh Malaysia dalam mencorakkan transisi tatanan dunia yang sedang berubah daripada unipolar kepada multipolar.

“Malah, ternyata cabaran di sepanjang Julai itu telah berjaya membuktikan sikap ketokohan Datuk Seri Anwar dalam melepasi semua kemelut getir yang melanda negara.

“Situasi ini pastinya sukar dihadapi seandainya pemimpin negara ketika itu terdiri daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tan Sri Hadi Awang.

“Seperti perarakan untuk menjatuhkan Anwar sebelum ini, kita tahu ia menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan. Kini rakyat bertanya: Jika Anwar ditolak, siapa yang akan menggantikannya? Kerana sehingga ke hari ini pun, pimpinan PN masih samar-samar antara mereka tentang siapa yang mampu memimpin negara jika mendapat mandat rakyat,” katanya.

Related Posts

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

KUALA LUMPUR- Bekalan peranti perubatan negara kekal kukuh dan berada pada tahap terkawal walaupun berdepan kesan krisis tenaga global yang menjejaskan ketersediaan produk import berisiko tinggi di pasaran tempatan. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah