Cabaran beregu campuran negara tersekat di suku akhir

KUALA LUMPUR – Hasrat beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk terus menjelmakan kilauan pingat di pentas sukan Olimpik Paris 2024 tersekat di suku akhir apabila tewas kepada pasangan Korea Selatan, awal pagi tadi.

Aksi di Porte de La Chapelle Arena menyaksikan pasangan nombor sembilan dunia itu sukar untuk menyekat kemaraan gandingan nombor lapan dunia, Kim Won Ho-Jeong Na Eun sebelum tewas 19-21,14-21.

Set pertama menyaksikan pasangan negara memberi tentangan sengit kepada Won Ho-Na Eun apabila saling mengutip mata.

Namun, kecederaan dialami Ee Wei ketika kedudukan 9-11 menyebabkan rentak pasangan negara terganggu sebelum akur tewas 19-21 pada set pertama.

Mereka cuba bangkit pada set kedua namun corak permainan dipamerkan serba tidak menjadi hingga satu ketika ketinggalan 1-10.

Usaha wakil negara untuk mengheret perlawanan ke set penentuan tidak berjaya apabila pasangan Korea Selatan itu terus melakukan serangan bertali arus untuk menjarakkan kedudukan sebelum memenangi perlawanan 21-14.

Walaupun tewas, pasangan beregu campuran negara itu boleh berbangga apabila penampilan pertama di pentas Olimpik berjaya membawa mereka hingga ke pusingan suku akhir.

Pasangan Korea Selatan itu akan bertemu rakan senegaranya, Seo Seung-jae and Chae Yu-jung di pentas separuh akhir.

Related Posts

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

BRIGHTON & Hove Albion membelasah Chelsea 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sekali gus melonjak ke tangga keenam liga dengan 50 mata. Ferdi Kadioglu membuka jaringan seawal minit ketiga sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

WOLVES disahkan tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi selepas keputusan seri tanpa jaringan West Ham United menentang Crystal Palace menutup peluang mereka untuk kekal. Kelab dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti