Buruh 23 tahun dicekup miliki syabu di Selangau

Oleh: Tengku Majid

MUKAH – Seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun ditahan Pasukan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam satu serbuan di kawasan letak kereta berhampiran sebuah premis perniagaan di Pekan Selangau, pada 10 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata hasil pemeriksaan terhadap suspek yang bekerja sebagai buruh itu menemui 0.40 gram kristal dadah dipercayai methamphetamine.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek turut positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Menurut Rizal, suspek kini direman selama empat hari sehingga 14 Februari ini bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah serta Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16