Bung pertikai seruan Hajiji beri peluang kerajaan negeri tidak berasas, kelirukan rakyat – Nizam

KOTA KINABALU – Kenyataan Bung Moktar Radin yang mempertikaikan seruan ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor agar rakyat terus memberi peluang kepada kerajaan negeri adalah tidak berasas dan hanya bertujuan mengelirukan rakyat.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, di bawah Hajiji, fakta jelas dan dasar Sabah Maju Jaya (SMJ) menunjukkan Sabah merekodkan pelbagai kejayaan membanggakan.

“Tahun lepas Sabah telah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion, termasuk projek besar yang bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.

“Hasil negeri juga meningkat secara signifikan, mencecah RM6.9 bilion pada tahun 2023, membuktikan kebolehan kerajaan negeri dalam mengurus ekonomi dengan baik,” katanya menerusi kenyataan media, pada Ahad.

Nizam yang juga ADUN Apas berkata, sektor tenaga dan infrastruktur turut mendapat perhatian serius, dengan pelaksanaan projek hibrid solar dan mikro hidro yang diperluaskan bagi memastikan kawasan luar bandar menerima bekalan elektrik yang lebih stabil.

Katanya, usaha berterusan itu adalah bukti bahawa kerajaan negeri tidak hanya sekadar menabur janji, tetapi jelas membawa perubahan yang ketara kepada Sabah.

“Hajiji tidak ‘merayu simpati’ seperti yang didakwa, sebaliknya bersikap telus dan realistik dalam memastikan kesinambungan pembangunan negeri ini.

“Pembangunan dan kemajuan negeri bukan sesuatu yang boleh dicapai dalam satu penggal, ia memerlukan kesinambungan dan kestabilan politik untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.

“Inilah yang ditekankan bahawa mandat rakyat adalah kunci untuk memastikan segala perancangan yang telah bermula dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” tambahnya.

Menurut Nizam, kepimpinan Hajiji jelas menunjukkan kemajuan yang ketara pada Sabah dan usaha itu perlu diteruskan tanpa gangguan politik yang hanya akan merugikan rakyat.

“Apa yang diperlukan Sabah sekarang bukan polemik tidak berasas, tetapi kestabilan dan kesinambungan kepimpinan yang telah terbukti berjaya,” ujarnya.

Related Posts

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

KOTA KINABALU – Semua anggota kapal selam diseru untuk terus meningkatkan ilmu, kemahiran serta integriti bagi memastikan keupayaan operasi aset strategik negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.‎‎Panglima Tentera Laut, Laksamana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei