Bila Wan Fayhsal nak pindah duduk Machang?

KETIKA kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal begitu bersungguh-sungguh untuk menang di kerusi Parlimen Machang, Kelantan.

Bahkan, dalam satu siri ceramah ketika musim kempen pilihan raya umum (PRU) itu juga, dia berjanji di hadapan ratusan penyokong Pas untuk berpindah dan menetap di daerah Machang jika menang.

Maka, dengan takdir Allah, Wan Ahmad Fayhsal pun menang di situ dan memperoleh majoriti 10,154 undi, menewaskan calon BN, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Dia kemudiannya bertekad untuk menjadi Parlimen Machang sebagai kubu kuat Pas.

Padahal Wan Ahmad Fayhsal asalnya daripada Bersatu, tapi tidak mengapalah kalau dia nak kuatkan Pas sekali pun, kerana dia bertanding di situ menggunakan logo parti Islam berkenaan.

Kemudian selepas hampir dua tahun bergelar Ahli Parlimen Machang, dia cuba nak mengukuhkan namanya di kawasan terbabit.

Dan dia pun bertandinglah bagi jawatan Ketua Bahagian Bersatu Machang, melawan penyandang jawatan itu, Kamaruddin Ab Kadir.

Semalam keputusan pemilihan menunjukkan bahawa Kamaruddin atau lebih popular dengan panggilan Cikgu Din, lebih memiliki pengaruh di peringkat akar umbi Bersatu Machang berbanding Wan Ahmad Fayhsal.

Cikgu Din mendapat 106 undi, manakala Wan Ahmad Fayhsal hanya berpuas hati dengan 26 undi saja.

Sebelum pemilihan dan keputusan diumumkan, ada khabar angin mengenai kekalahan Wan Ahmad Fayhsal itu berpunca daripada boikot oleh ahli Bersatu di situ.

Takkanlah Wan Ahmad Fayhsal yang begitu ‘popular’ dan memegang jawatan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) ditolak oleh akar umbi?

Malu dan segan juga jika seorang ahli MPT tewas dalam pemilihan peringkat kawasan, di mana dia adalah Ahli Parlimen di situ.

Atau mungkin disebabkan Wan Ahmad Fayhsal ‘lupa’ pada janji dibuat ketika kempen PRU15 sekitar bulan November 2022 untuk berpindah dan menetap di Machang?

Ramai orang ingatkan Wan Ahmad Fayhsal sudah menjadi rakyat Machang selepas menang.

Rupanya dia belum menetap lagi di situ.

Dan hari ini, Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor mengesahkan bahawa Wan Ahmad Fayhsal tidak menetap di Machang selepas menang kerusi itu.

Tidak timbul isu Wan Ahmad Fayhsal diboikot kerana beliau berkhidmat dengan cemerlang di Parlimen Machang.

“Namun kena faham budaya di Kelantan kebanyakan mereka mahu pemimpin atau ketua bahagian adalah mereka yang tinggal di kawasan berkenaan.

“Ini kerana ia memudahkan mereka untuk bertemu sekiranya ada masalah berbangkit, sedangkan Wan Ahmad Fayhsal tinggal di Kuala Lumpur,” katanya kepada Berita Harian.

Kasihan juga kepada pengundi di Machang, ‘digula-gulakan’ begitu sahaja oleh Wan Ahmad Fayhsal.

Related Posts

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

DALAM landskap politik hari ini, semakin kerap kita melihat naratif yang mengaitkan agama dan institusi diraja sebagai ukuran kejayaan sesebuah kerajaan. Doa, ucapan istiadat, dan simbol kebesaran digunakan untuk membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

MEMALUKAN! Demikian perkembangan terkini yang mengaitkan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dengan pertikaian undang-undang berhubung kenyataan terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bukan sekadar isu individu. Ia membuka persoalan lebih besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James