Bomba selamatkan budak lelaki tersepit kaki dalam mangkuk tandas

KOTA BELUD – Seorang kanak-kanak lelaki tersepit kaki kanan dalam mangkuk tandas di Tadika Kemas Kampung Menunggu, di sini, pada Jumaat.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyalamat (BBP) Kota Belud, Hasmaddy Agum berkata, kaki mangsa berjaya dikeluarkan dan semua dalam keadaan selamat kemudian diberikan rawatan awal oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jelasnya, bomba menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada pukul 10.44 pagi dan mengerahkan lapan anggota bomba bersama jentera penyelamat ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, bomba kemudian bertindak menjalankan kerja-kerja mengeluarkan kaki mangsa dengan menggunakan alatan khas iaitu ‘Paratech Tool’.

“Kanak-kanak berusia enam tahun itu hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 12.53 tengah hari selepas keadaan telah dipastikan selamat.

Related Posts

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

KUANTAN – Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan di sini ketika singgah dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya pada awal pagi tadi. Mangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara