
KOTA MARUDU – Seekor buaya berukuran 16 kaki panjang berjaya ditangkap sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu di Kampung Marudu Darat, di sini.
Ketua BBP Kota Marudu, Mohd Hasbi Hajat berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kehadiran reptilia itu
terjerat umpan yang dipasang di lokasi berkenaan pukul 8.47 pagi.
“Tindakan pasukan Bomba mengangkat dan membawa buaya ke darat.
“Reptilia teesebut diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
Menurut Hasbi, operasi kemudian ditamatkan pukul 10.30 pagi setelah memastikan keadaan selamat.





