
LAHAD DATU – Tindakan pantas sepasukan anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan dipercayai cuba terjun daripada tingkat satu di bangunan kedai di Reno Fajar Lorong 6, di sini, pada Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, kejadian tersebut melibatkan remaja perempuan berumur 14 tahun.
“BBP Lahad Datu terima panggilan pukul 8.11 malam sebelum sepasukan tujuh anggota bergerak ke lokasi dan mendapati seorang remaja sedang cuba untuk terjun bangunan.
“Remaja berkenaan berjaya diselamatkan
dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Operasi kemudian ditamatkan 8.51 malam.






