Anwar tiba di Vladivostok

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pagi ini untuk lawatan kerja dua hari ke bandar raya pelabuhan utama di wilayah Timur Jauh Russia.

Pesawat khas membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vladivostok pada 8.33 pagi waktu tempatan (6.33 pagi waktu Malaysia).

Anwar diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari; Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Perdana Menteri disambut Duta Besar Malaysia ke Russia, Datuk Cheong Loon Lai dan menyambut ketibaan bagi pihak Rusia Pengarah Third Asian Department Ludmilla Vorobieva; Timbalan Gabenor Wilayah Primorskii Aleksei Nazdratenko dan Timbalan Datuk Bandar Vladivostok Daria Stegniy.

Anwar yang juga Menteri Kewangan akan menghadiri Forum Ekonomi Timur Kesembilan (EEF) berlangsung pada 3 hingga 6 September.

Beliau akan menyampaikan ucapan pada sidang pleno pada 5 September.

Kemuncak lawatan adalah pertemuan dua hala dengan Presiden Russia, Vladimir Putin dan Anwar dijangka mengulangi hasrat Malaysia untuk menyertai organisasi antara kerajaan BRICS kerana Russia memegang jawatan Pengerusi BRICS.

Related Posts

Keluhan pesawah dapat perhatian, dibawa ke peringkat kementerian

SEBERANG PERAI – Kerajaan mengambil maklum keluhan pesawah berhubung peningkatan kos penanaman padi yang didakwa mencecah sehingga RM7,000 bagi setiap hektar susulan krisis tenaga dan ketiadaan subsidi diesel untuk sektor…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waspada individu menyamar pegawai Datuk Armizan Mohd Ali

PAPAR – Orang ramai diingatkan supaya lebih berwaspada selepas terdapat individu tidak bertanggungjawab dikesan menyamar sebagai Pegawai Perhubungan (PA) atau wakil kepada Datuk Armizan Mohd Ali bagi tujuan penipuan. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keluhan pesawah dapat perhatian, dibawa ke peringkat kementerian

Keluhan pesawah dapat perhatian, dibawa ke peringkat kementerian

Kata-kata kesat punca lelaki kelar remaja perempuan, suspek ditahan

Kata-kata kesat punca lelaki kelar remaja perempuan, suspek ditahan

Waspada individu menyamar pegawai Datuk Armizan Mohd Ali

Waspada individu menyamar pegawai Datuk Armizan Mohd Ali

Sabah alu-alukan lebih banyak inisiatif belia, sukan dari KBS

Sabah alu-alukan lebih banyak inisiatif belia, sukan dari KBS

Jangan anggap titah Sultan Selangor isu penternakan babi pandangan semberono,

Jangan anggap titah Sultan Selangor isu penternakan babi pandangan semberono,

ADUN Sugut tegur kenyataan ADUN Likas, gesa hormati adab Dewan

ADUN Sugut tegur kenyataan ADUN Likas, gesa hormati adab Dewan