BN nafi keluar surat halang 4 individu hadir kempen PRK Nenggiri

BARISAN Nasional (BN) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan mana-mana Unit Daerah Mengundi (UDM) BN menjemput empat individu, termasuk Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli untuk tampil di pentas ceramah sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, BN berkata, kenyataan palsu itu adalah mainan politik untuk memecah-belah perpaduan di dalam kerajaan.

Menurut parti gabungan itu, semua kenyataan media hanya akan disiarkan di laman Facebook rasmi BN.

“Diharap semua tidak termakan dengan mainan politik seperti ini setiap kali apabila pilihan raya akan berlangsung.

“Semoga semua pihak terus bertanggungjawab untuk tidak menyebarkan berita palsu seperti ini lagi,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan palsu bertarikh 24 Julai menggunakan nama Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu menyenaraikan nama empat individu yang kononnya tidak dibenarkan tampil di PRK Nenggiri kerana mengambil iktibar kekalahan di PRK Sungai Bakap.

Selain Rafizi, tiga nama lain ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam; Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Jeli, Wan Mahussin Wan Zain dan seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Wan Hadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos, manakala hari mengundi ditetapkan pada 17 Ogos.

Related Posts

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

KUALA LUMPUR – Bank Dunia mendedahkan tindakan kerajaan mengurangkan kuota penggunaan petrol bersubsidi di bawah BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan adalah tepat dalam usaha mengurangkan beban fiskal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan kes ‘mafia korporat’ setakat ini tidak melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis