Bersyukurlah, nikmat apa lagi kita mahu dustakan?

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak menentu kerana konflik di Asia Barat, rakyat Malaysia sebenarnya mempunyai satu kelebihan yang sering terlepas pandang iaitu kestabilan harga bahan api yang masih mampu dikawal oleh kerajaan.

Penganalisis politik, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, kemampuan Kerajaan MADANI yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membendung kenaikan mendadak harga minyak patut dipuji dan membuktikan selama ini pentadbiran dan ekonomi negara memang diuruskan dengan betul.

“Ketika konflik global menekan ekonomi dunia, banyak negara berdepan lonjakan harga minyak yang mendadak.

“Ada negara yang terpaksa menaikkan harga bahan api beberapa kali dalam tempoh singkat, ada juga yang berdepan gangguan bekalan sehingga memberi kesan langsung kepada kos kehidupan rakyat mereka.

“Namun di Malaysia, keadaan masih terkawal. Kerajaan masih mampu kawal harga bahan api yang disokong melalui subsidi kerajaan.

“Walaupun harga minyak dunia naik turun akibat perang, ketegangan geopolitik dan gangguan bekalan, rakyat Malaysia masih boleh mengisi minyak dengan harga yang jauh lebih stabil berbanding kebanyakan negara di rantau Asia Tenggara.

“Terima kasih PMX dan kerajaan kerana menguruskan ekonomi dan kewangan negara dengan baik selama ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Azhar menegaskan bahawa kemampuan negara mengekang kenaikan harga minyak dan masih mampu menyalurkan subsidi bukan satu perkara kecil.

“Subsidi bahan api bukan sekadar angka di atas kertas. Ia adalah perlindungan ekonomi kepada rakyat. Ia memastikan kos pengangkutan tidak melonjak secara mendadak, harga barang tidak naik secara melampau dan kehidupan seharian rakyat masih boleh diteruskan tanpa tekanan yang terlalu berat.

“Bayangkan jika subsidi ini tiada. Kenaikan harga minyak akan memberi kesan domino kepada seluruh ekonomi daripada harga makanan, kos logistik, sehinggalah kepada kos operasi perniagaan kecil. Beban akhirnya akan jatuh kepada rakyat biasa.

“Sebab itu, apabila kita melihat negara jiran yang berdepan kenaikan harga bahan api berkali-kali atau gangguan bekalan, kita harus sedar bahawa kestabilan yang dinikmati di Malaysia bukan sesuatu yang datang secara kebetulan,” katanya.

Hakikatnya Azhar menegaskan, Malaysia masih mampu mempertahankan kestabilan yang banyak negara lain sedang kehilangan.

“Ia datang daripada dasar ekonomi, pengurusan kewangan negara dan kemampuan kerajaan menampung subsidi yang besar.

“Sudah tentu, cabaran tetap ada.
Subsidi bahan api menelan belanja berbilion ringgit setiap tahun. Persoalan tentang kelestarian subsidi pada masa depan pasti akan terus dibincangkan,” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Beruas.

Azhar berkata, ibrah di sebalik konflik Asia Barat dapat menjentik hati rakyat Malaysia agar jangan sering cepat melihat kekurangan tetapi lambat menghargai nikmat yang sudah ada di depan mata.

“Allah SWT sendiri mengingatkan manusia dalam Surah Ar-Rahman dengan satu pertanyaan yang diulang berkali-kali sebagai peringatan kepada kita semua:

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
Ketika banyak negara bergelut dengan kenaikan harga bahan api dan tekanan ekonomi yang berat, Malaysia masih mampu bertahan dengan kestabilan yang relatif lebih baik.

“Justeru, sebelum kita terlalu mudah merungut atau memandang sinis terhadap segala usaha yang dilakukan, mungkin ada baiknya kita berhenti sejenak dan bertanya kepada diri sendiri, dalam keadaan dunia yang bergolak ini nikmat apa lagi yang mahu kita dustakan?” katanya.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta