Bersatu liabiliti dalam PN – Fahmi

PUTRAJAYA – Bersatu akan menjadi parti yang paling gerun dan risau jika benar wujudnya perbincangan antara UMNO serta Pas untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Jurucakap kerajaan yang juga Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, ini kerana Bersatu adalah liabiliti kepada Perikatan Nasional (PN) dan Pas.

Bagaimanapun, beliau difahamkan perbincangan ke arah itu tidak berlaku seperti mana yang dinyatakan oleh pemimpin UMNO.

“Saya rasa sebenarnya yang berasa gerun adalah Bersatu… Bersatu pasti sangat bimbang kerana mereka adalah liabiliti kepada PN dan Pas,” katanya pada sidang media pasca Kabinet, hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menjelaskan, dalam konteks Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, wujud permintaan daripada ahli Pas untuk menghantar calon parti itu walaupun ia adalah kerusi Bersatu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mendedahkan berlaku beberapa siri pertemuan bersama pemimpin utama UMNO untuk membincangkan kerjasama bagi menghadapi PRU16.

Ahmad Fadhli dilaporkan berkata, pertemuan itu bagaimanapun dibuat secara tidak rasmi dengan pemimpin UMNO yang tidak didedahkan.

Susulan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa tiada pertemuan atau perbincangan rasmi antara parti itu dengan Pas.

Timbalan Perdana Menteri dilaporkan berkata, beliau juga secara peribadi tidak bertemu dengan mana-mana pemimpin parti terbabit.

Related Posts

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

KOTA KINABALU – Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah proaktif dalam memperkukuh peranan wanita di bidang politik menerusi penganjuran Bengkel Pengucapan Awam & Iltizam Wanita Sabah. Ketua Wanita PH Sabah, Jannie…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anak muda muak retorik politik kebencian, perkauman

PUTRAJAYA – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning memberi isyarat bahawa politik berbentuk populisme agresif yang sering kali menjadikan kaum dan agama sebagai alat kempen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen

Mayat lelaki ditemukan dalam parit

  • By Fatin
  • April 29, 2025
Mayat lelaki ditemukan dalam parit

Pegawai terbabit kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang sudah dikenal pasti

Pegawai terbabit kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang sudah dikenal pasti

Sabah harap peruntukan pelancongan lebih setimpal sempena Tahun  Melawat Malaysia 2026

Sabah harap peruntukan pelancongan lebih setimpal sempena Tahun  Melawat Malaysia 2026