‘Bersatu hati, sokong penuh calon GRS pada PRN Sabah’

KALABAKAN – Semua ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) Sebatik diingatkan sentiasa bersatu hati dan memberi sokongan penuh kepada calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang akan diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Pemangku Presidennya, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, sebagai komponen penting dalam GRS, PBS kekal menerima sokongan rakyat di seluruh negeri termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik.

“Kita hadapi PRN dengan hati yang tenang. Jangan gusar. Kita bersama komponen GRS yang lain akan bersatu hati membentuk kerajaan semula. 

“Yang penting, PBS berada dalam GRS dan perlu menang supaya apa yang kita kecapi dalam lima tahun ini dapat diteruskan,” katanya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian PBS Sebatik di Dewan Serbaguna Kalabakan pada Sabtu. 

Turut hadir, Naib Presiden PBS merangkap Ketua Bahagian Silam, Mursid Rais; Ketua Pergerakan Pemuda PBS Datuk Dr. Christoper Mandut; Ketua Bahagian PBS Sebatik, Sahrol Mahoolop dan Ketua Bahagian PBS Bugaya yang juga Ahli Majlis Tertinggi, Fazidah@ Jahara Mohd. Yassin.

Menurut Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, kestabilan politik adalah kunci utama bagi Sabah untuk terus menikmati pembangunan yang seimbang dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Justeru katanya, rakyat negeri ini wajar memberi sokongan dan mandat kepada kerajaan Sabah hari ini bagi memastikan agenda pembangunan yang telah dirintis sejak lima tahun lalu dapat diteruskan dengan lebih lancar serta memberi manfaat berterusan kepada rakyat.

“Berilah peluang kepada GRS untuk memerintah dalam tempoh lima tahun lagi. Masih banyak perkara yang perlu dilaksanakan. 

“Dengan kemenangan kelak, ia akan memudahkan Kerajaan menyalurkan inisiatif dan pembangunan secara berterusan di kawasan ini dan di seluruh Sabah.

“Kita akan meneruskan perjuangan ini sehingga mencapai keselesaan iaitu menuntut hak-hak rakyat Sabah serta memastikan pembangunan yang sama rata, setimpal dan seimbang” ujarnya. 

Joachim turut memuji komitmen padu semua ahli khususnya Sahrol kerana berjaya menganjurkan mesyuarat berkenaan yang akan membawa usul ke Persidangan Agung Tahunan Parti pada Oktober atau November.

Sementara itu, Sahrol turut memberi keyakinan serta sokongan kepada semua ahli PBS Sebatik dan berjanji, siapapun yang akan dicalonkan mewakili GRS di DUN Sebatik, beliau bersama ahli PBS Sebatik akan memastikan kemenangan yang besar pada pilihan raya tersebut.

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy