Beri keutamaan bekalan air kepada UMS – Mustapha

KOTA KINABALU – Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud merayu Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) agar memberikan keutamaan kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam pengagihan bekalan air susulan gangguan yang melanda kampus itu sejak kebelakangan ini.

Menurut Mustapha, beliau turun padang ke UMS hari ini bagi meninjau sendiri situasi semasa gangguan bekalan air dan mendengar keperluan mendesak yang dihadapi oleh pelajar serta warga kerja universiti.

“Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat secara langsung selain memahami cabaran yang dihadapi oleh pelajar dan staf.

“UMS adalah sebuah institusi pendidikan tinggi penting kepada pembangunan negeri dan negara, sebab itu saya telah merayu kepada JANS supaya memberi keutamaan dalam pengagihan bekalan air ke kampus ini,” katanya dalam satu kenyataan menerusi hantaran Facebook di sini pada Isnin.

Beliau berkata, hasil pertemuan bersama pengurusan UMS mendapati sistem tubewell yang disiapkan tahun lalu masih berfungsi dengan baik, namun kadar pemulihan air (recovery rate) perlu dipastikan berada di tahap optimum bagi menjamin bekalan air berterusan.

Sebagai Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapha turut menyatakan kesediaan untuk membantu menyalurkan bekalan air mineral dan menyediakan penghantaran tangki air melalui pejabat Parlimennya jika keadaan memerlukan, demi memastikan keperluan asas pelajar dan staf kampus sentiasa terjaga.

“Saya menyeru kepada semua pelajar supaya terus bersabar dan memberikan kerjasama dalam menghadapi situasi ini.

“Pihak kami akan terus berusaha memastikan bantuan disalurkan secepat mungkin demi kesejahteraan warga kampus,” katanya.

Turut hadir semasa lawatan itu ialah Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor.

Related Posts

PRN Johor: Rakyat bukan alat percaturan politik

BATU PAHAT – Semua parti dalam Kerajaan MADANI disaran mengamalkan pendekatan matang dan rasional dengan mengutamakan kepentingan rakyat berbanding percaturan politik, khususnya dalam menentukan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

PORT DICKSON – Spekulasi pembentukan gabungan baharu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan dilihat tidak berasas susulan mendapat penolakan daripada kepimpinan tertinggi UMNO. Sumber memaklumkan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Rakyat bukan alat percaturan politik

PRN Johor: Rakyat bukan alat percaturan politik

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’