LUBOK ANTU – Ahli Parlimen Lubok Antu Roy Angau Gingkoi menyeru kepada pengguna media sosial agar lebih bertanggungjawab dan berhemah kerana penyalahgunaan media sosial semakin berleluasa muktahir ini.
“Jika hendak komen di media sosial, anda perlu memastikan segala yang dilontarkan perlu mempunyai fakta dan bukti yang kukuh,” ujar Roy.
Roy turut menegaskan mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu sudah pasti akan disabitkan kesalahan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Jiwa Komuniti Madani di Nanga San Panjai baru-baru ini.
Sementara itu, Roy turut meluluskan peruntukan RM100,00 di bawah Program Madani Rakyat (PMR) untuk kegunaan tahun hadapan.
Selain itu, Roy Angau turut memperuntukan RM50, 000 kepada RH Edwin Joel San Panjai untuk menaik taraf Dewan Nanga San Panjai.
Manakala, peruntukan RM25000 turut diberikan kepada JKKK Nanga San Panjai, RM20, 000 untuk membeli peralatan sukan dan RM10, 000 kepada Biro Wanita Nanga San Panjai.





