Bendera anime simbol protes Asia

SINGAPURA – Bendera lanun bergambar tengkorak bertopi jerami yang sinonim dengan siri anime Jepun ‘One Piece’ kini muncul sebagai simbol baharu penentangan generasi muda di Asia.

Bendera berwarna hitam dengan tengkorak kartun itu mula dikibarkan dalam demonstrasi di Indonesia pada Julai lalu sebelum menular ke Nepal, Filipina dan terbaharu ke Perancis.

Ia melambangkan kebebasan, keberanian dan penentangan terhadap korupsi serta autoritarianisme.

Di Indonesia, simbol tersebut pertama kali muncul dalam protes pemandu lori menentang peraturan kenderaan sarat muatan, sebelum digunakan mahasiswa dan komuniti dalam bantahan lebih besar.

Popularitinya meningkat selepas insiden 28 Ogos lalu, apabila seorang penunggang motosikal berusia 21 tahun, Affan Kurniawan, maut digilis kenderaan taktikal polis ketika rusuhan di Jakarta.

Polis bertindak menyita bendera itu di beberapa wilayah kerana dianggap menghina Sang Saka Merah Putih apabila dikibarkan bersama bendera negara.

Namun, imej bendera ‘One Piece’ diangkat bersama bendera Indonesia terus tular di media sosial dan memberi inspirasi kepada aktivis luar negara.

Di Nepal, generasi muda yang menggelarkan diri mereka ‘Gen Z’ mula mengibarkan bendera tersebut dalam demonstrasi antirasuah sejak 8 September.

Protes itu bertukar ganas dan meragut sekurang-kurangnya 72 nyawa sehingga memaksa Perdana Menteri, K P Sharma Oli meletak jawatan.

Slogan seperti ‘The Time is Now’ dan ‘#WakeUpNepal’ turut dilihat bersama bendera terbabit.

Fenomena sama muncul di Filipina apabila ia dikibarkan dalam larian antirasuah di Universiti Filipina, Quezon City yang menghimpunkan lebih 1,000 peserta.

Foto protes itu kemudian dikongsi di forum ‘One Piece’ di Reddit yang mempunyai lebih 1.6 juta pengikut.

Tidak terhenti di Asia, bendera lanun ini juga kelihatan dalam protes di Perancis sejak 10 September lalu.

Penunjuk perasaan yang menentang Presiden Emmanuel Macron serta dasar penjimatan dilihat memakai topi jerami dan membawa bendera lakaran tangan dari siri tersebut.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan