Belum ada perbincangan rasmi, DAP Sabah sedia kerjasama demi kepentingan rakyat – Phoong

KOTA KINABALU – Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah belum mengadakan sebarang perbincangan rasmi dengan parti lain untuk bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Pengerusinya, Datuk Phoong Jin Zhe bagaimanapun berkata, pihaknya mengambil pendekatan terbuka terhadap sebarang kerjasama politik dengan mana-mana parti, asalkan kepentingan rakyat Sabah sentiasa menjadi keutamaan.

“Kerjasama politik mesti berlandaskan dasar yang menyumbang kepada pembangunan Sabah dan bukan semata-mata demi menghadapi pilihan raya.

“Justeru itu, DAP Sabah bersedia berbincang mengenai dasar-dasar yang perlu dilaksanakan demi masa depan Sabah sebelum memuktamadkan sebarang bentuk kerjasama politik,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Menurut Phoong, DAP Sabah kekal berpendirian bahawa kestabilan politik selepas PRN17 adalah amat penting bagi memastikan keyakinan pelabur dan kemajuan berterusan dalam membangun Sabah menjadi negeri yang makmur dan berjaya.

“Pendirian PH Sabah harus dibincang dalam mesyuarat pimpinan PH Sabah dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, Phoong menyatakan pihaknya mengambil maklum mengenai pengumuman yang dibuat Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berhubung kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam PRN17.

Katanya, DAP Sabah melihat perkara itu selaras semangat MADANI yang dipraktikkan Kerajaan Perpaduan, pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahimvyang menjamin kestabilan politik sejak Pilihan Raya Umum lalu.

Related Posts

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

TAWAU – Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) terus memperkukuh kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) demi memastikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presiden Harapan Rakyat, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

KUANTAN – Semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, dekat Jerantut, memberi keyakinan kepada pimpinan UMNO Bahagian itu menjelang pilihan raya umum (PRU) akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta