Belanjawan 2026: Wibawa tiga cabang institusi negara diperkasa

KERAJAAN komited untuk terus memperkukuh tiga cabang utama institusi negara iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman agar kekal berwibawa serta bebas daripada sebarang pengaruh sempit, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengumumkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri menegaskan bahawa ketiga-tiga institusi ini mesti diberi ruang sepenuhnya untuk melaksanakan amanah rakyat dengan integriti dan ketelusan.

Parlimen terus diberi perhatian apabila sejumlah hampir RM220 juta diperuntukkan bagi memperkasa peranannya sebagai institusi legislatif tertinggi negara.

Sebagai tambahan, RM5 juta lagi diperuntukkan khusus untuk mengukuhkan fungsi Jawatankuasa Pilihan Khas di Dewan Negara dan Dewan Rakyat dalam usaha mempertingkat semak dan imbang terhadap dasar-dasar kerajaan.

Selain itu, sebanyak RM15 juta diperuntukkan untuk memperluaskan pelaksanaan program kelestarian kendalian Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM), yang setakat ini telah memberi manfaat kepada rakyat di 143 kawasan Parlimen.

Dalam aspek perundangan, Anwar turut memaklumkan bahawa proses pengasingan peranan Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya kini berada pada peringkat libat urus bersama semua pihak berkepentingan.

“Pengasingan peranan AG dan Pendakwa Raya sekarang sudah diperingkat libat urus bersama semua pihak berkepentingan,” katanya.

Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada agenda reformasi undang-undang negara yang lebih menyeluruh, bagi menjamin keadilan dan ketelusan dalam sistem kehakiman.

Sebagai tambahan, sebuah Pasukan Reformasi Undang-undang yang ditubuhkan sebelum ini sedang meneliti pembaharuan besar terhadap undang-undang jenayah dan undang-undang kontrak.

Pasukan tersebut turut sedang merangka Rang Undang-Undang (RUU) Bidang Kuasa Admiralti dan RUU Koroner yang baharu, bagi memenuhi keperluan semasa sistem perundangan negara.

Kerajaan juga akan meminda Akta Perlindungan Pengguna selepas penggubalan Akta Kredit Pengguna bagi memasukkan elemen Lemon Law, yang bertujuan melindungi hak pengguna daripada produk rosak atau tidak berkualiti.

Belanjawan 2026 ini dilihat sebagai satu langkah menyeluruh dalam memantapkan institusi negara, menjamin keadilan, serta memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap sistem pentadbiran dan perundangan.

Related Posts

MA63: Tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen Sabah, Sarawak masih berjalan

KUCHING – Usaha kerajaan Sarawak dan Sabah untuk menuntut semula peruntukan 35 peratus (satu pertiga) kerusi Parlimen di Dewan Rakyat masih di peringkat perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan dan belum mencapai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan teliti pembelajaran dalam talian, kurang penggunaan bahan api

KOTA KINABALU – Cadangan memperluas pelaksanaan pembelajaran dalam talian dalam kalangan mahasiswa antara langkah yang sedang diteliti kerajaan bagi mengurangkan penggunaan bahan api, selari dengan usaha penjimatan kos semasa negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

Pendapatan RM14.2 bilion bukti Sarawak makin makmur di bawah GPS – Dr Sim

Pendapatan RM14.2 bilion bukti Sarawak makin makmur di bawah GPS – Dr Sim

MA63: Tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen Sabah, Sarawak masih berjalan

MA63: Tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen Sabah, Sarawak masih berjalan

Sabah ‘reset’ ekonomi, RM12 bilion pacu ekonomi digital, berasas sumber lestari

Sabah ‘reset’ ekonomi, RM12 bilion pacu ekonomi digital, berasas sumber lestari

Sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Bahagia terus diterima

Sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Bahagia terus diterima

Kerajaan teliti pembelajaran dalam talian, kurang penggunaan bahan api

  • By Ynom
  • April 23, 2026
Kerajaan teliti pembelajaran dalam talian, kurang penggunaan bahan api